Exco Pertanian Selangor menghadap Sultan isu penternakan babi

Oleh: MK Mubin

SHAH ALAM – Exco Pertanian Selangor dijadual menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada Isnin ini bagi memperincikan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berkaitan operasi penternakan babi di Kuala Langat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Datuk Ir Izham Hashim akan membentangkan langkah proaktif yang dirangka bersama agensi penguat kuasa bagi memperkukuh aspek keselamatan dan kebersihan persekitaran.

Menurut beliau, MMKN mengenakan syarat ketat terhadap industri berkenaan, khususnya dalam pengurusan sisa, bagi mengelakkan kesan negatif terhadap sistem saliran dan alam sekitar, seperti dilaporkan Media Selangor.

“Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira pandangan agensi teknikal serta sensitiviti masyarakat setempat bagi menamatkan isu yang telah berlarutan sejak sekian lama,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, langkah itu bertujuan memastikan operasi industri dapat dijalankan secara lebih terkawal tanpa menjejaskan kesihatan awam dan persekitaran.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi