Exco Pahang taja kos bawa balik pesakit kronik

KUANTAN – Kesulitan dihadapi sebuah keluarga dari Kampung Jaya Gading, dekat sini, mendapat perhatian Exco Pahang, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff.

Keluarga itu dalam kesempitan dan tidak mampu membawa balik ahli keluarga mereka yang selesai menjalani rawatan akibat sakit kronik di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Ketua Biro Kesihatan UMNO Bahagian Pekan, Dr Boi Saidi Abd Razak berkata, pesakit itu tidak boleh dibawa pulang menggunakan kenderaan biasa.

“Masalah ini diketahui Datuk Fakhruddin dan beliau dengan segera menguruskan ambulans bagi membawa pesakit itu pulang ke rumahnya di Jaya Gading.

“Hal berkaitan bayaran untuk kos perkhidmatan ambulans itu ditaja sepenuhnya oleh beliau,” katanya.

Dr Boi Saidi turut memaklumkan, pihak UMNO Bahagian Pekan dan Biro Kesihatan UMNO Bahagian juga sedang mengatur sesi ziarah ke rumah pesakit itu dalam masa terdekat.

“Hasrat kami ini sudah dimaklumkan kepada ahli keluarga pesakit berkenaan dan kita akan cari masa sesuai serta dengan persetujuan (ahli keluarga pesakit) untuk menyantuni mereka,” jelasnya.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi