
KOTA KINABALU – Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick meminta supaya Jabatan Peguam Negara tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung pemberian hasil 40 peratus kepada Sabah.
Katanya, beliau telah memaklumkan pendirian kepada rakan-rakan Kabinet dalam mesyuarat Kabinet minggu hadapan.
“Saya akan menyatakan pandangan saya sebagai anggota Kabinet mewakili parti saya,” katanya.
Beliau berkata dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Usahawan MADANI “Perniagaan Keluarga” di sini pada Sabtu.
Terdahulu pada Jumaat, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan Kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan selama hampir lima dekad.



