Ewon mahu YBR salur dana tambahan biaya kursus keusahawan Insken di Sabah, Sarawak 

PENAMPANG – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick mahu Yayasan Bank Rakyat (YBR) terus menyediakan dana tambahan bagi membiayaai yuran usahawan yang menyertai kursus anjuran Institut Keusahawanan Negara (Insken) di Sabah dan Sarawak pada tahun depan.

“Pada tahun ini, YBR telah menyalurkan peruntukan sejumlah RM300,000 bagi tujuan itu yang telah memberikan manfaat kepada 1,200 usahawan di kedua-dua negeri itu.

“Oleh itu saya berharap Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) khususnya di Sabah dapat berbincang dengan Insken untuk membolehkan Sahabat-Sahabat AIM Sabah mengikuti latihan dan bimbingan daripada Insken selain bimbingan sedia ada yang dilaksanakan oleh AIM,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Keluarga AIM Blok Donggongon di Dewan Gawir Kg.Madsiang di sini pada Ahad.

Ewon yakin perniagaan kecil-kecilan yang dilaksanakan oleh Sahabat-Sahabat AIM di Sabah akan terus berkembang maju seperti usahawan-usahawan lain.

“Saya amat bangga melihat pencapaian ramai usahawan AIM di seluruh negara yang bermula daripada perniagaan kecil-kecilan kini menjadi usahawan berjaya dan beralih kepada perniagaan sederhana.

“Kejayaan banyak bermula daripada inspirasi dan sekiranya kejayaan itu boleh memberi inspirasi tidak mustahil Sahabat AIM di Blok Donggongon yang pada ketika ini bersaiz kecil akan menjadi perusahaan besar pada masa akan datang.

“Bagaimanapun, ia memerlukan disiplin dan kerjasama semua pihak termasuk agensi-agensi kementerian dan AIM, sesuai dengan ikrar AIM iaitu saling membantu antara satu sama lain,” katanya.

Ewon turut menyeru agar sahabat-sahabat AIM dapat membayar balik pinjaman mengikut jadual yang ditetapkan.

“Di antara semua agensi pembiayaan yang dikawal selia oleh kerajaan, AIM adalah yang terbaik dari segi pembayaran balik pinjaman.

“Saya berharap, AIM Sabah juga dapat mencapai 100 peratus pembayaran semula pinjaman untuk membolehkan lebih ramai usahawan atau bakal usahawan yang memerlukan modal tambahan dapat dibantu,” katanya.

Beliau turut menyokong cadangan AIM Sabah untuk menubuhkan koperasi sahabat AIM Sabah.

“Cadangan untuk menubuhkan koperasi sahabat AIM, amat baik dan saya akan memberikan sokongan sewajarnya yang terbaik agar ia dapat direalisasikan. 

“Koperasi Sahabat AIM adalah antara 10 koperasi terbaik di Malaysia, mudah-mudahan ia memberi motivasi kepada AIM di Sabah,” katanya.

Ewon berkata, sebagai Menteri Kuskop, beliau akan terus bekerja keras untuk memastikan semua golongan usahawan, peniaga dan penjaja kecil serta koperasi di seluruh negara khususnya Sabah menerima manfaat daripada program-program bimbingan dan pembiayaan daripada kementeriannya.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

Semua kementerian diarah semak status tanah tidak dibangunkan

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi