CHUKAI – Essem Group menganjurkan Safe Driving Campaign bagi memberi pendedahan tentang teknik pemanduan berhemah dan selamat kepada warga kerjanya yang terlibat dalam industri minyak dan gas.
Penolong Pengurus Essem Group, Siti Suraya Md Roshaizat berkata, kemahiran pemanduan yang selamat amat penting memandangkan kakitangan syarikat berhadapan dengan persekitaran kerja yang mencabar serta melibatkan pelbagai jenis kenderaan.
“Sebagai syarikat yang beroperasi dalam sektor minyak dan gas, aspek keselamatan amat kami tekankan. Program ini bertujuan meningkatkan kemahiran pemanduan serta memastikan suasana kerja yang selamat bagi semua kakitangan,” katanya.
Program Safe Driving Campaign itu diadakan di tapak pasar malam Jalan Padang, Chukai, dan disertai 25 kakitangan Essem Group. Ia dikendalikan oleh Sean daripada EMST Consultant Sdn Bhd selaku jurulatih bertauliah.





