ESSCOM fokus kemungkinan ancaman keselamatan pilihan raya Sabah, Selatan Filipina

TAWAU – Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) memberi tumpuan penuh terhadap sebarang kemungkinan ancaman keselamatan berikutan pilihan raya Sabah dan pilihan raya di Selatan Filipina yang dijangka berlaku dalam masa terdekat. 

Komandernya, Datuk Victor Sanjos berkata, semua pasukan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi keselamatan lain kini berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi.

“Kita sentiasa siap-siaga untuk mempertahankan terutamanya kedaulatan dan keselamatan serta kesejahteraan kawasan Sabah Timur.

“Masa ini juga di kawasan selatan Filipina akan mengadakan pilihan raya, oleh itu pertemuan dua pilihan raya di antara kawasan sana dan kawasan sini, itu yang kita harus sentiasa jaga-jaga dan memberikan tumpuan yang sepenuhnya,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengiringi lawatan kerja Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di Inderasabah, pada Sabtu. 

Menurut Victor, keutamaan utama pihaknya ialah memastikan rakyat dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam suasana aman tanpa keraguan dan selamat pada PRN Sabah kelak.

“Kita tidak mahu ada unsur-unsur negatif ataupun ancaman dan sebagainya dan selepas pembubaran DUN, kita akan bagikan tugas-tugas semua pegawai untuk penugasan di kawasan Sabah Timur,” ujarnya. 

Mengenai lawatan itu, Victor berkata, taklimat telah diberikan kepada Saarani bagi memahami penugasan anggota di lapangan serta kepentingan pengoperasian terbabit bagi tujuan kawalan keselamatan.

“Tambahan pula, Inderasabah merupakan Kampung Angkat MADANI yang dipilih oleh ESSCOM. 

“Harapan kita agar keselamatan di kawasan ini terus terjamin dan seterusnya dapat merancakkan sektor sosioekonomi khususnya dalam aktiviti perladangan dan perikanan.

“Kita juga berharap agar apa yang telah kita kongsikan dengan Kerajaan Negeri Perak dapat dimanfaatkan bersama dan pada masa sama, apa yang mereka kongsikan dengan kita turut memberi manfaat kepada ESSCOM,” jelasnya.

Related Posts

Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

SANDAKAN – Projek pembinaan jeti Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) kini mencapai kemajuan 75 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada 6 Mei 2026. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

KEMASIK – Fiesta Rakan Muda Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik menyerlahkan bakat dan potensi generasi muda melalui pelbagai aktiviti seni, kepimpinan dan pengurusan acara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

  • By Fandi
  • October 6, 2025
Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

  • By Ithma
  • October 6, 2025
Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

Jaga tutur kata, elak sentuh sensitiviti agama

  • By Fatin
  • October 6, 2025
Jaga tutur kata, elak sentuh sensitiviti agama

Ops Luxury: 7 kereta mewah disita di Perlis, termasuk Nissan GTR RM350,000

Ops Luxury: 7 kereta mewah disita di Perlis, termasuk Nissan GTR RM350,000