England tenang atasi Serbia hasil 2 gol bintang Arsenal

BUKAYO Saka dan Eberechi Eze meneruskan rekod cemerlang Three Lions pada kempen kelayakan Piala Dunia, namun Jude Bellingham sekadar muncul sebagai pelengkap ketika England menewaskan Serbia 2-0 di Wembley, awal pagi tadi.

Saka membuka tirai jaringan pada babak pertama sebelum rakan sepasukan Arsenal, Eze menambah gol kedua pada hujung aksi bagi memastikan England – yang sudah layak lebih awal – meraih tujuh kemenangan berturut-turut dalam Kumpulan K tanpa bolos.

Selepas meledak 13 gol dalam tiga perlawanan terakhir, persembahan England kali ini lebih sederhana dan keputusan pengurus Thomas Tuchel untuk merehatkan Bellingham daripada kesebelasan utama menjadi tumpuan utama.

Tuchel memilih pemain tengah Aston Villa, Morgan Rogers berbanding Bellingham sebelum memasukkan bintang Real Madrid itu dengan berbaki 26 minit.

Bellingham terlepas empat aksi terdahulu susulan kecederaan bahu pada September sebelum diketepikan Tuchel pada Oktober.

Rogers cemerlang mengisi peranan nombor 10 ketika England menewaskan Wales dan Latvia bulan lalu.

Minggu ini Tuchel turut memberi amaran Bellingham perlu berusaha keras merebut kembali tempat dalam kesebelasan utama bagi Piala Dunia.

Terdapat laporan mendakwa Bellingham kadangkala menjadi figura yang memecahbelahkan dalam skuad England dan Tuchel sebelum ini memohon maaf selepas mendedahkan ibunya menyifatkan kelakuan pemain itu di padang sebagai ‘menjengkelkan’.

Selepas England bertandang ke Albania bagi aksi terakhir Ahad ini, Tuchel hanya mempunyai dua perlawanan persahabatan pada Mac sebelum mengumumkan senarai akhir Piala Dunia.

Cara Tuchel menguruskan Bellingham dijangka menjadi perbualan utama menjelang kejohanan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico tahun depan.

Related Posts

Kontrak Casemiro mungkin disambung secara bersyarat

PENGURUS Manchester United, Ruben Amorim dilaporkan bersedia melanjutkan kontrak Casemiro tetapi dengan satu syarat utama. Kontrak semasa pemain tengah berpengalaman itu akan tamat pada 30 Jun depan, namun United memiliki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Silap beli pemain punca prestasi Liverpool hambar

BEKAS penyerang utama Liverpool, Robbie Fowler mendakwa strategi pembelian pemain pada jendela perpindahan musim panas menjadi punca utama kejatuhan mendadak prestasi The Reds musim ini. Liverpool, juara bertahan Liga Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

‘Awak tahu kita tak rayu,’ PMX sindir bekas menteri 

Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

Pelan Tindakan Khas Paya Besar di landasan betul

596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat

  • By Fatin
  • November 15, 2025
596 calon dari 23 parti sah bidik 73 DUN demi mandat rakyat

Caj guna Jalan Genting diharap tidak beban rakyat Pahang

Caj guna Jalan Genting diharap tidak beban rakyat Pahang

BN-PH capai persefahaman hadapi pertembungan kerusi di PRN17 Sabah – Zahid

BN-PH capai persefahaman hadapi pertembungan kerusi di PRN17 Sabah – Zahid

Keprihatinan PMX terpancar, pesakit uzur terharu terima bantuan

Keprihatinan PMX terpancar, pesakit uzur terharu terima bantuan