Empat pengendali ‘banana bot’ di Melaka ditahan

MELAKA- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan menahan empat individu yang mengendalikan aktiviti rekreasi air ‘banana boat’ kerana didapati melanggar syarat lesen.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kapten Maritim Mohd. Khairi Abd. Aziz dalam kenyataannya menjelaskan seorang jurumudi dan tiga pembantu berusia 16 hingga 19 tahun itu ditahan pada jarak kurang 0.1 batu nautika barat daya Pantai Pangkalan Balak, Alor Gajah di sini pada pukul 2 petang semalam.

Menurut beliau, pihaknya menahan bot tersebut ketika melakukan rondaan rutin di sekitar perairan Melaka.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot itu melanggar syarat sah lesen iaitu nama jurumudi tiada dalam lesen bot dan membawa lebihan kru dan pekerja.

“Bot berserta jurumudi dan kru ditahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Tambah beliau, pengusaha bot dinasihatkan supaya tidak mengambil sikap sambil lewa mengenai keselamatan di laut terutama pengunjung yang bercuti di lokasi tersebut.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis