Empat lelaki dicekup positif dadah di tapak pembinaan

LAWAS – Empat lelaki warga tempatan ditahan polis selepas didapati positif dadah dalam satu serbuan di sebuah tapak pembinaan projek bangunan di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, kesemua suspek yang berusia lingkungan 27 hingga 29 tahun itu ditahan hasil pemeriksaan mengejut yang dijalankan pada 4 Februari lalu.

Menurutnya, pemeriksaan awal melibatkan tubuh badan, beg peribadi serta kawasan sekitar tempat kerja tidak menemui sebarang bahan terlarang.

“Bagaimanapun, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Liong memberitahu, semakan rekod jenayah lampau mendapati dua daripada suspek mempunyai rekod berkaitan dadah.

“Seorang suspek mempunyai tiga rekod lampau, manakala seorang lagi mempunyai dua rekod. Dua lagi individu didapati tiada sebarang rekod kesalahan lampau,” jelasnya.

Tambahnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

KOTA KINABALU – Majlis Perasmian Pameran dan Penyampaian Hadiah Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) Ke-40 mencatat satu lagi sejarah penting dalam lipatan seni visual negeri apabila menerima sebanyak 977…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

MUKAH – Program Pemerkasaan Usahawan Berjaya Program Pemasaran Digital (PROPUB) memberi pendedahan awal kepada belia di daerah ini mengenai asas keusahawanan dan penggunaan platform digital dalam perniagaan. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran