Elon Musk ramal Singapura di ambang ‘kepupusan’

BILIONAIR Elon Musk menerusi ciapan mengenai subjek kegemarannya sekali lagi membincangkan mengenai penurunan kelahiran meramalkan Singapura dan negara lain bakal ‘pupus’.

Ketua Eksekutif Tesla itu berkata, berdasarkan balasan kepada mesej di platform X oleh Mario Nawfal membangkitkan mengenai kebimbangan mengenai populasi banyak negara semakin tua.

Menerusi ciapan yang disiarkan semula, Nawfal menulis mengenai kadar kelahiran penduduk Singapura mencecah 0.97 kanak-kanak bagi setiap wanita, iaitu lebih jauh daripada kadar 2.1 diperlukan republik itu.

Ciapan Musk di platform X miliknya mendapat 16.3 juta tontonan dan dikongsi secara meluas.

Difahamkan penurunan kadar kelahiran akan menyebabkan populasi warga emas semakin besar manakala golongan dewasa bekerja menjadi semakin kecil.

Berdasarkan artikel Newsweek 2 Disember lalu, Musk menambah bahawa penyelesaian untuk penurunan kadar tenaga kerja di Singapura mungkin muncul apabila negara itu beralih kepada robot.

Musk yang membeli Twitter pada 2022 dan menamakannya sebagai X turut menyatakan kebimbangan terhadap ancaman ‘keruntuhan populasi’.

Pada 27 November lalu, Musk pernah membuat ciapan bahawa dua pertiga penduduk Korea Selatan akan ‘pupus’ dalam setiap generasi.

Bagaimanapun, ahli demografi menafikan dakwaan itu dengan menepis populasi global semakin meningkat.

Berdasarkan data sedia ada, Singapura dan Korea Selatan, serta beberapa negara lain, menunjukkan kadar kelahiran merosot setiap tahun.

Related Posts

ASEAN kekal utuh hadapi cabaran global

CEBU – ASEAN terus menunjukkan keteguhan dalam menghadapi pelbagai cabaran global apabila krisis dan ketidaktentuan semasa tidak melemahkan blok serantau itu, sebaliknya mempererat kerjasama antara negara anggota. Presiden Filipina, Ferdinand…

Lebih lanjut

teruskan membaca
China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

BEIJING – China menegaskan tidak akan mematuhi sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikatnya yang didakwa membeli minyak dari Iran. Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO