Ekonomi makmur, rakyat syukur, pembangkang menggelupur

SUKA atau tidak, kita kena akui bahawa ekonomi Malaysia sudah memasuki fasa pemulihan yang teratur sejak pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiap proses pemulihan itu memang mengambil masa, namun ia tidaklah pula sampai mengabaikan keperluan utama rakyat secara umumnya.

Kenaikan kos sara hidup tidak pernah terlepas daripada tumpuan utama kerajaan dan sedang diatasi sebaik mungkin oleh pasukan Kabinet.

Begitu juga isu membabitkan barangan keperluan asas seperti beras putih tempatan, langkah penting untuk membela golongan pesawah juga sudah diambil oleh kerajaan.

Penentuan kadar harga lantai baharu – RM1,500 – seperti diumumkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu pada Khamis, sudah pasti memberi kelegaan kepada pengusaha sawah padi.

Ini adalah kali kedua kerajaan Madani menaikkan kadar harga lantai padi, yang tidak pernah dibuat semakan oleh kerajaan sebelumnya.

Data dikeluarkan Bank Negara juga menunjukkan peningkatan ekonomi memberangsangkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan dan peningkatan permintaan luaran akan menyokong pertumbuhan ekonomi negara sepanjang tahun ini, selepas berkembang kukuh 5.1 peratus pada 2024, kata bank pusat itu.

Dalam Belanjawan 2025, kerajaan menjangkakan ekonomi negara akan berkembang kukuh antara 4.5 hingga 5.5 peratus tahun ini, didukung langkah dan strategi belanjawan.

Kadar inflasi dijangka kekal terkawal pada tahun ini berikutan keadaan kos global yang semakin reda dan ketiadaan tekanan permintaan dalam negeri yang berlebihan.

Maka, tidak terkejut juga apabila statistik jualan kereta sepanjang tahun lalu menunjukkan jumlah pembelian kenderaan pelbagai guna (MPV) kategori mewah – Alphard dan Velfire – melonjak dengan begitu ketara.

Tidak pastilah siapa yang membeli kereta mewah itu, cuma sudah tentu pembeli atau pemiliknya adalah mereka yang menetap di Malaysia.

Dan seperti kebiasaan apabila program dan acara membabitkan pesta makanan diadakan, beratur panjang juga rakyat jelata membeli makanan kegemaran mereka.

Semua ini adalah sebahagian bukti kecil betapa kemakmuran ekonomi sudah mula melata dan menemui golongan disasarkan.

Banyak lagi ruang boleh ditambah baik dan semua itu memang sedia ada dalam perancangan kerajaan Madani untuk dilaksanakan.

Baki ruang masa masih ada berdasarkan mandat diterima dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.

Biarkan kerajaan Madani terus bekerja dan lupakan segala khabar angin kononnya ada PRU mengejut hujung tahun ini.

Memetik kata-kata Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, kerja pembangkang hanya cipta persepsi hingga kerajaan nak fokus buat kerja pun terganggu.

“Jangan dilayan… memang itu kerja dia (pembangkang),” tegasnya.

Related Posts

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

DALAM landskap politik hari ini, semakin kerap kita melihat naratif yang mengaitkan agama dan institusi diraja sebagai ukuran kejayaan sesebuah kerajaan. Doa, ucapan istiadat, dan simbol kebesaran digunakan untuk membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

MEMALUKAN! Demikian perkembangan terkini yang mengaitkan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail dengan pertikaian undang-undang berhubung kenyataan terhadap Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek bukan sekadar isu individu. Ia membuka persoalan lebih besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James