‘Durian Tourism’ 2024 tingkatkan Agropelancongan Keningau

KENINGAU – ‘Durian Tourism’ atau pelancongan durian berjaya menarik minat pelancong domestik dan antarabangsa seterusnya dapat meningkatkan agropelancongan daerah ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akhbar Khan berkata, sambutan acara itu meriah kerana mendapat perhatian pelancongan domestik dan antarabangsa terutamanya China dan dari anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (Asean) iaitu Brunei, Filipina, Indonesia, Thailand, Laos, Kemboja, Myanmar, Vietnam dan Singapura.

“Objektif penganjuran berkenaan adalah untuk menggalakkan lebih banyak pengusaha agro berkecimpung dalam agropelancongan.

“Penglibatan dalam agropelancongan bukan sahaja membantu meningkatkan sumber pendapatan malah menjadi platform pertukaran maklumat kepada para pengunjung sekali gus
meningkatkan potensi segmen pelancongan ini di Sabah,” katanya.

Tourism Malaysia Sabah dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Sabah (STB), MATTA Sabah Chapter serta Persatuan Pengusaha Durian dan Buah-buahan Tropika Sabah (MaSDa) bersama-sama menjayakan acara berkenaan yang berlangsung dua hari bermula 24 hingga 25 Ogos ini.

Mengulas lanjut Presiden MaSDA, Duane Evans berkata, pelbagai program tambahan menarik juga dilaksanakan untuk pengunjung bazaar, seperti pertandingan ‘Durian Race’, pertandingan mewarna dan melukis kanak-kanak, pertandingan dekorasi kek kreatif serta persembahan kebudayaan dan muzik.

“Selain itu, antara yang menarik untuk dikunjungi di bazaar berkenaan termasuk 30 buah gerai jualan durian, buah-buahan, makanan dan minuman hasil pengusaha agro dan peniaga kecil dari daerah-daerah di Sabah,” katanya.

Sebagai rekod, penganjuran acara Sabah Durian Tourism Bazaar 2024 merupakan kesinambungan kepada pelancaran pakej agropelancongan Durian Tourism 2024/2025 pada 27 Jun 2024 di Broga Orchard Hill Lenggeng, Negeri Sembilan.

Sebanyak 62 pakej Agropelancongan Durian Tourism telah dibangunkan menerusi kerjasama dengan 27 pengendali pelancongan tempatan yang menawarkan pakej-pakej meliputi negeri Sabah, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Johor, Pahang dan Kelantan.

Related Posts

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

SERI ISKANDAR — Hospital Seri Iskandar bukan sekadar sebuah fasiliti rawatan baharu, sebaliknya simbol komitmen kerajaan dalam memperkukuh akses kesihatan rakyat serta membawa harapan baharu kepada lebih 94,000 penduduk di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

KANGAR – Empat lelaki warga China direman sehingga 18 Mei ini selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pecah rumah serta cuba merempuh anggota polis dalam kejadian di Kuala Perlis, kelmarin. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Kerajaan tegas tolak pengampunan untuk Jho Low – Fahmi

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Hospital Seri Iskandar, nadi baharu kesihatan rakyat Perak Tengah

Mari fahami struktur hutang negara

Mari fahami struktur hutang negara

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Empat warga China direman selepas cuba rempuh polis di Kuala Perlis

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

Kanak-kanak 2 tahun jatuh dari tingkat lima PPR Bandar Uda Utama masih kritikal

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi

ARPA jana penjimatan RM2.72 bilion melalui reformasi birokrasi