Kebajikan penduduk Rembia sentiasa diberi perhatian penyelaras DUN

ASAHAN – Kebajikan penduduk di  Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia tidak akan diabaikan, sebaliknya akan terus diberikan perhatian sepenuhnya oleh Datuk Fairul Nizam Roslan sebagai penyelaras DUN berkenaan.

Fairul Nizam berkata, sejak menjadi penyelaras DUN Rembia November tahun lalu, beliau sudah menyelesaikan ratusan aduan  membabitkan soal kebajikan penduduk termasuk hal-hal tertunggak perlu diselesaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan terbabit, Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Mengulas pertanyaan mengenai status Muhammad Jailani Khamis yang sah menyertai PAS, Fairul Nizam berkata, ia adalah keputusan Adun berkenaan sendiri dan menyerahkan kepada kepimpinan UMNO untuk tindakan selanjutnya.

“Saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk apa tindakan selanjutnya, terserah kepada parti.

“Sekadar perkongsian, beratus kes kebajikan termasuk yang tertunggak sejak saya mengambil pentadbiran DUN Rembia seperti mana yang diamanahkan Kerajaan Negeri sejak November lalu telah diselesaikan…”

“Kalau sudah itu keputusannya, saya nak buat apa?…’no comment’, jangan risau sebab rakyat semakin matang, mereka sudah tahu memilih pemimpin mana yang betul atau parti mana yang boleh mengemudi Melaka dan negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita Melaka Hari Ini selepas menghadiri Ujian Kualiti Perkhidmatan Selular Negeri Melaka di Japerun Asahan di sini hari ini.

Terdahulu, bercakap pada sidang media di Parlimen hari ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan Muhammad Jailani yang digantung keahliannya dalam UMNO telah menyertai parti itu sejak Jun tahun lalu.

Malah katanya, penyertaan Jailani pada 10 Jun tahun lalu adalah lebih kurang sebulan sebelum DUN Melaka meluluskan undang-undang anti lompat parti.

Related Posts

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

KUANTAN – Keputusan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menarik balik sijil halal dimiliki dua syarikat berpengalaman luas dan terbabit secara langsung dalam industri penyediaan makanan di negeri ini dilihat sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Tindakan tegas, pemantauan berterusan banteras salah guna sijil halal

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Siapa ‘poster boy’ pembangkang?

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Tindakan seleweng 5,030 liter diesel terbongkar

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Pendaftaran kad OKU autisme meningkat 4 kali ganda

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Lelaki ditahan kes gangguan seksual di pasar raya

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000

Bekas pegawai kanan DBKL kekal dipenjara 4 tahun, denda RM1 juta terima suapan RM200,000