Dun Muara Tuang anjur majlis hargai jasa pemimpin masyarakat, penjawat awam

KUCHING – Seramai tujuh orang mantan ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) Samarahan dan dua pegawai DUN Muara Tuang diraikan dalam Majlis Bakti Dikenang anjuran Pusat Khidmat DUN Muara Tuang dan Pejabat Daerah Samarahan.

Kehadiran majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang pada Ahad.

Beliau berkata majlis ini diadakan sebagai penghargaan jasa mereka sepanjang berkhidmat kepada masyarakat.

“Usaha, tanggungjawab serta pengorbanan mereka selama ini terutama di Samarahan sentiasa dihargai,” ujar beliau.

Tambah beliau juga merangkap Timbalan Speaker DUN Sarawak, KMKK diharap dapat terus berbakti kepada masyarakat walaupun sudah bersara.

Sementara itu, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada tujuh KMKK termasuk pegawai kerajaan yang sudah bersara

Selain itu, terdapat dua pegawai kerajaan sudah berpindah ke tempat lain.

Difahamkan mantan Timbalan Residen Bahagian Samarahan Anuar Da’an yang berpindah ke IRSDA sebagai Pegawai Khas dan mantan Penolong Pegawai Daerah Samarahan Jerry Zannuddin Bidin dipindahkan ke Pejabat Daerah Asajaya sebagai Pegawai Daerah Asajaya.

Related Posts

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KEMAMAN — Kementerian Pendidikan (KPM) komited menangani isu keciciran prasekolah bagi memastikan murid yang bakal memasuki Tahun 1 memiliki kemahiran literasi dan numerasi mencukupi untuk mengikuti silibus pembelajaran dengan berkesan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

LINGGA – Regatta Lingga 2025 merupakan penganjuran acara sukan air yang terakhir bagi tahun ini di Sarawak dengan menampilkan acara kemuncak eksklusif iaitu ‘Battle of Titans’. Penaung Regatta Lingga 2025,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025  medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

  • By Fatin
  • December 13, 2025
Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM