DUN Balung berupaya jadi ‘Fix Deposit’ Gagasan Rakyat pada PRN17

TAWAU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Balung berupaya menjadi ‘Fix Deposit’ bagi Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) akan datang.

Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, ini berikutan jumlah cawangan dan ahli berdaftar di DUN ini walaupun parti berkenaan baharu ditubuhkan.

“Saya amat sukacita walaupun parti ini baharu tapi berjaya merekodkan 7,500 ahli berdaftar dengan 126 cawangan.

“Sudah tentu ini menjadi ‘fix deposit’ bagi Gagasan Rakyat Balung agar gerak kerja diurus dengan sebaiknya dan pada PRN akan datang dalam tempoh setahun ini, Balung akan dimenangi calon GRS-PH Plus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Gagasan Rakyat Bahagian Balung di Dewan Sri Tawau, di sini, pada Ahad.

Nizam yang juga Ketua Penyelaras Gagasan Rakyat Zon 12 menyeru agar pemimpin akar umbi terus bekerjasama dan memberi penerangan jelas pada rakyat akar umbi agar tidak terpengaruh dengan hasutan pembangkang.

“Jangan terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang cuba memesongkan keyakinan kita pada kerajaan hari ini kerana sepanjang pentadbiran di bawah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, banyak perkara telah dicapai.

“Ini termasuklah peningkatan Pemberian Khas sebanyak RM600 juta dan peruntukan rumah Sabah Maju Jaya yang ditingkatkan kepada 40 unit setahun pada tahun hadapan bagi setiap DUN diberi kepada rakyat dalam usaha membasmi kemiskinan,” katanya.

Dalam pada itu, sebagai Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Nizam turut menyokong kenyataan Hajiji berhubung keperluan sokongan dan kerjasama GRS bersama parti Nasional pada PRN akan datang.

“Kita sedia maklum seperti diucap Ketua Menteri bahawa senario politik Sabah ketika ini, iaitu kerajaan hari ini adalah hasil sokongan dan kerjasama parti berpusat di Semenanjung seperti Pakatan Harapan.

“Walaupun mereka bertunjang di Semenanjung, tapi mereka terbukti menyokong dan mendukung usaha diketengahkan GRS untuk menjaga ‘rumah kita’ (kerajaan Sabah).

“Mereka juga menunjukkan komitmen tinggi bersama-sama menjaga ‘rumah kita’ agar memberi kesejahteraan pada rakyat Sabah,” jelasnya.

Sementara itu, ADUN Balung, Datuk Hamild Awang berpendirian tegas bersama sayap parti memastikan agar rakyat Balung terus memberi sokongan dan yakin dengan kepimpinan Hajiji selaku Ketua Menteri Sabah.

“Misi kita agar sebarang bantuan yang disalurkan kepada rakyat dapat dinikmati yang sudah tentu membantu ekonomi rakyat termasuk pemberian bantuan melanjutkan pendidikan ke menara gading selain membangun insfrastruktur asas lebih baik,” katanya.

Related Posts

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PUTRAJAYA – UMNO dan Pakatan Harapan (PH) sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat. Ia antara tiga persetujuan dan ketetapan dicapai hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

ALOR SETAR – Seorang mekanik yang ditahan susulan penemuan tiga pucuk pistol termasuk satu tiruan serta dua laras senapang angin di sebuah bengkel kenderaan di Baling, dekat sini pada Jumaat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

PH, UMNO sepakat kekalkan Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Antara tekanan subsidi, kos hidup dan realiti ekonomi negara

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Mekanik miliki 5 senjata api sebagai koleksi didakwa

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Model pendidikan autisme kos rendah ubah akses luar bandar

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

Warga emas teruja pelajari ilmu produksi digital, bakal hasilkan video ‘Mengingati Ibu’

‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik

  • By Ynom
  • May 5, 2026
‎Pendekatan berterusan perkukuh pendidikan, sumbang peningkatan prestasi akademik