Dua warga China maut kemalangan di LPT

KUANTAN – Dua warga China maut, manakala seorang lagi rakyat negara itu serta lima sekeluarga tempatan cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 234.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah ke Kuantan, petang semalam.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 2 petang itu melibatkan sebuah kereta jenis Mercedes-Benz dinaiki tiga warga China dan sebuah Nissan X-Trail dipandu seorang wanita tempatan bersama keluarganya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati Nissan X-Trail dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan sebelah kanan dan terbabas ke lorong kiri.

“Sebuah Mercedes-Benz dari arah sama gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang kenderaan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, dua penumpang Mercedes-Benz, dikenali sebagai Zhengtai dan Chunhua – disahkan maut di tempat kejadian – manakala pemandunya, Zhu Lin Shun, mengalami kecederaan di tangan kanan dan beberapa luka lain.

Pemandu Nissan X-Trail, Noor Amirah Mohd Salleh, 30, pula cedera di bahagian pinggul dan sedang dirawat di Zon Merah, Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

“Empat lagi penumpang dalam Nissan X-Trail, termasuk seorang kanak-kanak, turut cedera dan dirawat di HTAA.

“Dua daripadanya ditempatkan di Zon Merah, manakala dua lagi di Zon Kuning,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related Posts

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

PUTRAJAYA – Pulau Tioman bakal kembali bersinar sebagai destinasi pelancongan utama dunia selepas kerajaan bersetuju menyegerakan projek baik pulih infrastruktur yang kini berada dalam keadaan kritikal. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

TAWAU – Dalam dunia kulinari yang semakin moden, tiga sepupu memilih untuk kembali kepada akar tradisi dengan mengekalkan sentuhan Bibiq (nenek) dalam setiap hidangan masakan daging rusa atau payau. Usaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

10 aktivis Malaysia sedia teruskan misi GSF 2.0 ke Gaza kali kedua

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

PMX sumbang RM100,000 bantu ASWO sertai World Music Contest 2026 di Belanda

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Kementerian Ekonomi selaras segera kerja naik taraf Pulau Tioman

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Pembenihan awan dipercepat di Kedah, Perlis tangani cuaca kritikal

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Sentuhan Bibiq jadi legasi, 3 sepupu kekalkan citarasa masakan payau

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap

Projek Sistem Air Akut Rantau Panjang capai tahap 33 peratus siap