Dua wanita ditahan polis, terlibat kes samun dan datangkan kecederaan

MANJUNG – Dua wanita tempatan, ditahan polis selepas dipercayai terlibat dengan kes samun sehingga mendatangkan kecederaan terhadap seorang pekerja dalam kejadian di sebuah kedai serbaneka 24 jam, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman, dalam satu kenyataan berkata, siasatan awal mendapati dua suspek wanita itu telah memasuki premis berkenaan dalam kejadian sekitar jam 10 pagi Ahad.

Jelasnya, mereka kemudian bertindak membuka sebuah kotak mengandungi kabel pengecasan telefon tanpa membuat sebarang pembayaran.

Tindakan itu telah ditegur oleh mangsa, sebelum salah seorang daripada suspek bertindak agresif.

“Suspek bertindak menampar serta menarik tudung mangsa.

“Selepas itu, mereka melarikan diri bersama barang curi tersebut dengan nilai kerugian sebanyak RM 14,” katanya pada Selasa.

Mangsa yang mengalami kecederaan ringan pada bahagian muka, bagaimanapun ujarnya, turut mengalami trauma.

Susulan itu, ulas Hasbullah, mangsa bertindak tampil membuat laporan polis.

“Sekitar jam 2.45 petang pada Isnin, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung berjaya menahan kedua-dua suspek di sekitar Sitiawan, di sini,” tambahnya.

Katanya lagi, kedua-dua suspek juga telah di bawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung dan perintah reman selama enam hari telah dibenarkan.

“Ia bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwa Negeri bagi mendapatkan arahan pertuduhan setelah siasatan lengkap,” ujarnya.

Related Posts

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

KUANTAN – “Setiap satu sen perbelanjaan yang kita buat ini diiktiraf dan diluluskan Bahagian Kewangan Perbendaharaan Negeri dan dipersetujui oleh Akauntan Negara,” demikian jelas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti
  • YnomYnom
  • December 8, 2025

KOTA KINABALU – DAP Sabah menghormati keputusan pengundi dalam Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah yang disifatkan sebagai isyarat jelas krisis keyakinan terhadap parti itu dan Pakatan Harapan, sekali gus…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang