
KOTA KINABALU – Dua remaja lelaki selamat apabila kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki mereka terbakar hampir 90 peratus dalam kejadian di bulatan jalan menuju ke Politeknik, di sini awal pagi Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian pada pukul 2.57 pagi.
“Sepasukan 12 anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) segera digerakkan dan tiba di lokasi pada pukul 3.18 pagi.
“Dalam kejadian itu, seorang mangsa dihantar ke hospital oleh orang awam manakala seorang lagi diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Ordine, operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran ‘hose reel’ daripada sumber air jentera.
“Pasukan bomba berjaya memadamkan api dan keadaan dapat dikawal pada pukul 3.30 pagi.
“Pemeriksaan akhir kemudian dijalankan oleh pasukan bomba bagi memastikan tiada bahaya lain dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 3.59 pagi,” jelasnya.





