Dua maut, lima selamat tragedi mandi laut

KEMAMAN – Kegembiraan tujuh sekeluarga berkelah di Pantai Penunjuk Kijal di sini, bertukar tragedi apabila seorang wanita dan anak saudaranya maut dalam kejadian petang semalam.

Mangsa berusia 39 tahun berasal dari Jitra, Kedah itu disahkan meninggal dunia jam 5.42 petang ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman.

Sementara anak saudaranya, kanak-kanak berusia 12 tahun dari Ampang, Selangor disahkan meninggal jam 5.23 petang di Klinik Kesihatan Kijal.

Ketua Polis daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli ketika dihubungi Berita Harian mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, kedua-dua mangsa dikatakan bersama lima lagi ahli keluarga mandi di pantai berkenaan sebelum insiden itu berlaku.

“Ketika sedang mandi, semua mangsa dipercayai ditarik ombak ke tempat yang dalam menyebabkan mereka hampir lemas.

“Semua mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan ahli keluarga dan orang ramai yang berada di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, dua mangsa terbabit disahkan meninggal dunia selepas diberi rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Kijal dan Hospital Kemaman.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi