Dua lelaki ditahan kes pecah masuk premis pakaian

MIRI – Polis menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes pecah masuk dan mencuri di sebuah premis pakaian di Marina Phase 2, Miri, pada Isnin.

Kedua-dua suspek masing-masing berusia 40 dan 47 tahun diberkas sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri di sebuah hotel bajet sekitar bandar raya itu.n

Ketua Polis Daerah Miri, YDH ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, tangkapan dibuat hasil risikan dan maklumat yang diperoleh selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Bertindak atas maklumat dan risikan yang dijalankan, pihak polis berjaya mengenal pasti serta menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes pecah masuk dan curi sebuah premis pakaian di Marina Phase 2.

“Polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai berkaitan dengan kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku pada awal pagi 9 Februari 2026 dan pemilik premis mengalami kerugian dianggarkan kira-kira RM6,000.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Kedua-dua suspek akan dipohon reman bagi membantu siasatan lanjut,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa meningkatkan tahap keselamatan harta benda masing-masing, khususnya pemilik premis perniagaan.

“Pemilik premis disaran memastikan premis dilengkapi sistem keselamatan seperti kamera litar tertutup (CCTV) serta alat penggera sebagai langkah pencegahan awal bagi mengelakkan kejadian jenayah,” ujarnya.

Beliau turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang kegiatan jenayah supaya segera menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu usaha membanteras jenayah di daerah ini.

Foto: Facebook Polis Daerah Miri

Related Posts

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

LIMBANG – Sebuah unit rumah panjang di Batu 8, Jalan Kubong di sini musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran petang semalam. Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Respon pantas bomba padam kebakaran belukar

MIRI – Pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral berjaya mengawal kebakaran belukar yang berlaku di Jalan Airport, di sini, hari ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Respon pantas bomba padam kebakaran belukar

Respon pantas bomba padam kebakaran belukar

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan