Dua konsert mega percuma bakal gegarkan Miri

MIRI – Dua konsert mega bakal diadakan di Miri secara percuma sepanjang bulan Mei ini.

Konsert pertama, Konsert MeleTOP TVS, dijadual berlangsung pada 17 Mei 2025 di Stadium Tertutup Miri, dengan tajaan utama daripada U Mobile dan merupakan pertama kali program hiburan popular itu dianjurkan di luar Lembah Klang.

Antara artis yang bakal menghiburkan ialah Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Stacy, Dolla, Floor 88, Namie dan ramai lagi.

Sementara itu, Konsert Berkat Gawai-Kaamatan akan menyusul pada 21 Mei ini bagi meraikan kepelbagaian budaya Sarawak, Sabah dan Kalimantan.

Konsert tersebut akan menampilkan Ella sebagai artis utama, selain turut dimeriahkan oleh Bob Yusof, Velvet Aduk, Ramles Walter, Roxy Ixzy, Dabra Sia, SMDX, serta artis jemputan dari Kalimantan, Marina Jara.

Bagi mereka yang tidak dapat hadir, siaran rakaman konsert akan ditayangkan menerusi TVS pada 31 Mei 2025, jam 9 malam.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penganjuran konsert sebegini mampu memperkasa industri kreatif serta melonjakkan sektor pelancongan.

“Selain memperkaya pengalaman budaya, acara seperti ini mampu menjana pendapatan dalam sektor penginapan, makanan, pengangkutan serta kraftangan,” katanya pada sidang media pada Khamis.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Mohamad Sardon Zainal berkata, pemilihan Miri sebagai lokasi konsert adalah tepat memandangkan kedudukannya yang strategik di utara Sarawak.

Penolong Naib Presiden Kandungan Tidak Berskrip GenNext Astro, Elyna Rahmat pula menyifatkan penganjuran ini sebagai bukti kerjasama kukuh antara TVS dan Astro dalam mempromosikan muzik sebagai wadah perpaduan.

Kedua-dua konsert itu akan disiarkan secara langsung menerusi TVS (Saluran 122 di Astro, MYTV dan Unifi TV), Astro ONE serta platform penstriman Sooka.

Tiket percuma boleh diperoleh menerusi laman web tvsarawak.my/kejutan-tvs, tertakluk kepada kapasiti tempat duduk yang terhad.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara dan bersama-sama meraikan kekayaan seni dan budaya tanah air di Miri.

Related Posts

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

GEORGE TOWN – Pasangan tempatan yang sebelum ini dihukum penjara selama sebulan selepas mengaku melakukan perbuatan kelucahan terlampau di jirat Cina, Batu Gantung, Air Itam di sini dibebaskan awal oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar