‘Dongeng Sang Kancil’ boleh bersaing di peringkat global

DATUK Seri Anwar Ibrahim yakin filem animasi terbaharu bertajuk ‘Dongeng Sang Kancil’ mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Sambil merakamkan ucapan syabas, Perdana Menteri turut memuji filem animasi watak popular cerita rakyat itu yang disifatkan sebagai karya membanggakan negara.

“Pastinya, filem ini menghidupkan semula elemen nostalgia kanak-kanak yang teruja melihat kebijaksanaan Sang Kancil dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul selain menyatukan haiwan-haiwan lain di dunia rimba mereka.

“Syabas di atas filem animasi yang membanggakan negara ini, dan saya percaya, produk seni tempatan akan mampu terus bersaing di peringkat antarabangsa, insya-Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar berkata, beliau menonton filem itu bersama keluarga serta pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Cochrane, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jalan San Peng, SK (Perempuan) Jalan Batu di sini dan anak yatim dari SK Semenyih, Selangor.

‘Dongeng Sang Kancil’ adalah filem animasi tempatan pertama menggunakan teknik hibrid 3D serta kesan khas 2D, mula ditayangkan di seluruh negara pada 26 Disember lalu.

Filem terbitan Les’ Copaque mencatat kutipan RM1.5 juta pada hari pertama tayangan.

Related Posts

Pelakon Along Eyzendy kembali ke Rahmatullah

SELEPAS tiga hari bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAS), Serdang, pelakon Along Eyzendy menghembuskan nafas terakhir jam 12.16 tengah malam tadi. Berita pemergian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra sah kematian Nadia Kesuma

PUTRAJAYA – Wisma Putra mengesahkan pelakon, Nadiah Kasumawati atau lebih dikenali sebagai Nadia Kesuma meninggal dunia, namun tidak mendedahkan butiran lanjut termasuk punca kematiannya. Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

Laporan tidak berasas jejas keyakinan awam – SPRM

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

UKAS perkukuh peranan PRO, mantapkan komunikasi kerajaan

Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

  • By Fandi
  • February 10, 2026
Sasaran dua tahun capai keperluan penuh bekalan air Sandakan

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

Lake Duck Paddle Boat galak gaya hidup sihat

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

SPRM bongkar tuntutan palsu diesel RM114,000

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang

Kuil haram di lebuhraya: Bila sentimen mengatasi undang-undang