Diwarmas bantu warga emas ‘celik’ digital

Oleh: LINA B. & NANA MOHAMAD

SIBU – Ketakutan untuk menggunakan telefon pintar dan aplikasi digital menjadi antara cabaran utama yang dihadapi warga emas namun pendekatan berhemah dan berempati di Kelab Diwarmas berjaya membantu golongan itu membina keyakinan diri secara berperingkat.

Pengerusi Diwarmas, Sajali Mohamad berkata, kebanyakan ahli yang menyertai kelab itu pada peringkat awal hadir dengan perasaan ragu-ragu dan kurang yakin khususnya apabila melibatkan penggunaan gajet dan aplikasi digital.

Menurut beliau, penerimaan masyarakat setempat terhadap penubuhan Diwarmas adalah bercampur-campur. Namun pendekatan perlahan dan tidak memaksa membantu menarik penyertaan warga emas.

“Kami pastikan mereka rasa selamat untuk belajar tanpa tekanan. Pembelajaran bermula dengan membina kepercayaan, bukan dengan teknologi,” katanya.

Budaya ‘Tiada Salah, Tiada Ketawa’

Beliau berkata, budaya pembelajaran di DIWARMAS menekankan prinsip ‘tiada salah, tiada ketawa’ dengan penekanan bahawa kesilapan adalah sebahagian daripada proses pembelajaran.

Menurut Sajali, aplikasi WhatsApp menjadi platform paling digemari ahli kerana ia berfungsi sebagai medium komunikasi yang menghubungkan mereka dengan anak, cucu dan rakan sekali gus mengurangkan rasa sunyi dan terasing.

Apabila keyakinan meningkat, katanya, minat ahli turut berkembang kepada penggunaan YouTube untuk mengikuti ceramah agama, bacaan al-Quran, berita semasa dan hiburan nostalgia selain pendedahan kepada penggunaan e-dompet bagi keperluan harian.

Bina Keyakinan Diri

Mengulas perubahan ahli, Sajali berkata, kesan paling ketara bukan hanya pada kemahiran menggunakan telefon tetapi dari segi keyakinan diri dan pergaulan sosial.

“Kini mereka lebih berani bertanya, berkongsi dan mengaku tidak tahu tanpa rasa malu,” katanya.

Pesanan Buat Generasi Muda

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan generasi muda agar lebih bersabar dalam membantu ibu bapa menyesuaikan diri dengan teknologi.

“Menyantuni ibu bapa hari ini bukan sekadar memberi keperluan fizikal, tetapi meluangkan masa mengajar dengan sabar tanpa meninggi suara,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa konsep Warga Emas Merdeka Digital merujuk kepada warga emas yang tidak lagi takut atau bergantung sepenuhnya kepada orang lain dalam urusan teknologi harian.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16