Didakwa tipu tempoh bekerja, Abang Bidin enggan komen

NIBONG TEBAL – Poster mengenai biodata calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail yang dikongsi mencetus tanda tanya terutama mengenai latar belakang pekerjaan Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal itu.

Berdasarkan maklumat tertera, beliau bekerja sebagai Eksekutif Logistik USG Sdn Bhd bermula 1999 sehingga 2022, bagaimanapun tular di media sosial bahawa syarikat tersebut ditutup pada 2020.

Abidin ketika ditanya bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sebaliknya menegaskan dakwaan itu hanyalah naratif negatif bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap PN.

“Biarkan (dakwaan) tersebut. Itu persepsi dan hak masing. Saya tidak mahu beri komen.

“Semua ini kuasa Tuhan, Allah dah tentukan siapa yang menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini,” katanya ketika ditemui media selepas ceramah kelompok PN di Sungai Duri, malam tadi.

Terdahulu, majoriti netizen meluahkan tidak puas hati kepada Abidin selepas
pemimpin PAS itu membuat hebahan di Facebook tentang penutupan syarikat tersebut pada 2020.

Berdasarkan tangkap layar, beliau telah meluahkan rasa sedih selepas beberapa kakitangan USG Sdn Bhd diberhentikan akibat syarikat itu akan ditutup pada tahun tersebut.

Mengulas perkara berbeza, Abidin menafikan dakwaan pihaknya menerima arahan untuk ‘mengunci mulut’ dan tidak dibenarkan bertemu dengan media.

“Tiada (terima arahan). Saya tidak sempat bertemu media disebabkan lebih banyak mendekati akar umbi bagi memastikan undi diberikan kepada PN,” katanya.

PRK Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Abidin dan PH yang diwakili bekas eksekutif logistik yang juga bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin.

Berdasarkan Daftar Pemilih Pilihan Raya setakat 24 Mei lalu, sejumlah 39,279 orang layak menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRK itu membabitkan 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Julai ini bagi tarikh mengundi awal dan 6 Julai sebagai hari mengundi.

Related Posts

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

PUTATAN – Kerajaan melalui Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan berhasrat menjadikan Putatan sebagai Pekan Durian Tahunan serta Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti melalui pelaksanaan program Kebun Dapur. Menteri Pertanian, Perikanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

KINABATANGAN – Kerjasama antara calon dan jentera BN bagi Parlimen Kinabatangan serta DUN Lamag sentiasa berjalan dengan baik sejak Hari Penamaan Calon. Demikian ditegaskan Calon Lamag, Mohd Ismail Ayob (MIHA)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Putatan berpotensi jadi Pekan Durian Tahunan, Pusat Aktiviti Pertanian Komuniti

Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

  • By Ynom
  • January 16, 2026
Lelaki 40-an lemas semasa aktiviti rafting di Nabawan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

APM Limbang perkasa kesiapsiagaan pelajar asrama hadapi kecemasan

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

BAP 2026: Kerajaan MADANI peruntuk RM76.29 juta, lebih 508,000 murid Sabah terima manfaat

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

1,088 bakul makanan diagih kepada mangsa banjir di Mukah

Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA

  • By Fatin
  • January 16, 2026
Koordinasi calon BN, Lamag berjalan baik – MIHA