Demontrasi umpama candu buat Pas

PAS dicadangkan untuk membawa usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen berbanding mengadakan Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai depan.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi meyakini pembangkang pastinya tidak berani membawa usul undi percaya atau tidak percaya kepada Anwar di Dewan Rakyat.

“Ini kerana, UMNO pastinya tidak akan menyokong usul itu memandangkan parti tersebut komited mempertahankan kerajaan sedia ada demi rakyat dan kestabilan negara.

“Justeru demonstrasi Turun Anwar 26 Julai ini hanya tunjuk kekuatan Pas. Impaknya kecil apatah lagi jika tiada penyertaan ‘civil society’ yang menyeluruh,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, pada Khamis.

Dalam hantaran sama, Mohd Puad dengan nada sinis menjangkakan tidak mustahil sasaran Pas yang mana 300,000 orang akan menyertai himpunan Turun Anwar pada 26 Julai ini dapat dicapai memandangkan demontrasi diibaratkan seperti `candu’ kepada ahli-ahli dan penyokong Pas.

Apatah lagi, katanya, ahli-ahli Pas juga begitu fanatik dan taksub kepada arahan parti, maka sasaran 300,000 peserta himpunan Turun Anwar berkenaan diibaratkan seperti `kacang’ kepada Pas.

“Tetapi apakah objektif Turun Anwar boleh tercapai? Sudah tentu tidak. Adalah lebih berkesan jika Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli dan geng tarik sokongan terhadap Anwar.

“Impaknya lebih besar jika mereka bawa usul undi (tidak) percaya di parlimen berbanding demonstrasi 300 ribu orang ahli Pas,” katanya.

Pas sebelum ini merancang mengadakan Himpunan Selamatkan Malaysia: Turun Anwar yang akan diadakan di ibu negara, 26 Julai ini dengan sasaran penyertaan seramai 300,000 orang dari seluruh negara.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, himpunan itu sebagai isyarat kebangkitan rakyat terhadap kegagalan kerajaan pimpinan Anwar.

Related Posts

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

KUALA LUMPUR – UMNO perlu memperkukuh peranan dan hala tujunya bagi tempoh dua dekad akan datang dengan memberi tumpuan kepada pembangunan holistik merangkumi aspek agama, politik, ilmu serta jati diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Datuk Seri Rafizi Ramli bagi membantu siasatan berhubung projek pelaburan bernilai RM1.1 bilion yang dikaitkan dengan kerjasama industri semikonduktor antara Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Program Randau Komuniti perkukuh hubungan kerajaan dengan rakyat

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

Ribut kuat rosakkan struktur Klinik Kuala Mendalam, bumbung dan siling runtuh

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

Agensi berkaitan perlu tampil segera hulur bantuan kepada mangsa kebakaran