Demonstrasi antikerajaan merebak di Iran

TEHERAN – Gelombang protes di Iran memasuki hari kesembilan ketika Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengulangi ancaman untuk campur tangan.

Tunjuk perasaan sejak 28 Disember itu tercetus disebabkan kejatuhan mata wang dan kenaikan kos sara hidup telah merebak ke 78 bandar serta 222 lokasi.

Demonstrasi menuntut pengunduran pemerintahan sekarang kerana didakwa gagal menangani masalah ekonomi yang membebankan rakyat.

Demonstrasi diteruskan meskipun berdepan tindakan kekerasan pasukan keselamatan setelah pemerintah melabel kumpulan protes itu sebagai ‘perusuh’.

Sejak lebih seminggu lalu, sekurang-kurangnya 20 kematian direkodkan dan hampir 1,000 termasuk golongan bawah umur diberkas.

Seorang peserta protes di daerah Malekshahi di Ilam barat Iran memberitahu, seluruh bandar kini bergema dengan laungan slogan antikerajaan selain menuntut pembebasan rakan penunjuk perasaan lain.

“Kami hanya berhimpun di hadapan bangunan kerajaan. Tetapi, pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah kami, seperti menyasarkan musuh atau kumpulan bersenjata.

“Ia benar-benar seperti zon perang dan saya melihat sendiri beberapa orang cedera dan mungkin terbunuh,” kata saksi.

Rakaman yang jadi tular di media sosial juga mendakwa sebuah hospital di bandar Ilam yang merawat mangsa cedera diserbu pasukan keselamatan hingga mengundang kecaman kumpulan hak asasi manusia.

Pada Isnin, Speaker Parlimen Iran, Mohammad Baqer Qalibaf berkata, ‘tuntutan sah’ penunjuk perasaan wajar didengari dan dijadikan asas kepada perubahan.

Tetapi, dia memberi amaran terhadap mana-mana ejen asing dan penentang yang cuba mengeksploitasi siri demonstrasi tersebut.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar, Esmail Baqai mendakwa Israel cuba mengambil kesempatan untuk melemahkan perpaduan negara tersebut setelah Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dengan lantang menzahirkan solidariti terhadap perjuangan rakyat Iran.

“Kenyataan Netanyahu dan segelintir pegawai radikal Amerika hanya sekadar hasutan keganasan,” ujarnya.

Demonstrasi itu bermula selepas golongan peniaga berarak di jalan utama sekitar ibu kota untuk meluahkan kemarahan terhadap satu lagi kejatuhan mendadak nilai mata wang Iran berbanding dolar AS.

Nilai mata wang rial telah merudum ke paras terendah dan inflasi meningkat kepada 40 peratus dek siri sekatan ke atas program nuklear yang memberi tekanan besar kepada ekonomi.

Ia kemudiannya disertai kumpulan penuntut universiti sebelum berlanjutan ke bandar-bandar lain.

Protes tersebut adalah yang terbesar sejak 2022 ketika demonstrasi ganas membantah kematian Mahsa Amini dalam tahanan pihak berkuasa setelah mangsa diberkas polis moral kerana tidak memakai tudung dengan sempurna.

Ketika itu, ratusan terkorban manakala ribuan ditahan di bawah tindakan kekerasan pasukan keselamatan.

Related Posts

China enggan layan sekatan AS terhadap 5 syarikat beli minyak Iran

BEIJING – China menegaskan tidak akan mematuhi sekatan dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap lima syarikatnya yang didakwa membeli minyak dari Iran. Kementerian Perdagangan China dalam kenyataan hari ini, berkata tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penyelewengan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani akan didedahkan – Saifuddin

Penyelewengan projek Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani akan didedahkan – Saifuddin

MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah

MADA nafi lepas tangan, sentiasa peka masalah pesawah

Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi

Isu kalimah Allah di tokong: Gabungan NGO desak henti provokasi

Siasatan kes bayi maut di peringkat akhir sebelum rujuk IPK Perlis

Siasatan kes bayi maut di peringkat akhir sebelum rujuk IPK Perlis

HRPB realisasikan Sekolah Dalam Hospital, pastikan pendidikan pesakit kanak-kanak tidak terhenti

HRPB realisasikan Sekolah Dalam Hospital, pastikan pendidikan pesakit kanak-kanak tidak terhenti

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji

Muafakat penduduk bersihkan Klinik Kuala Mendalam dipuji