Deklarasi Beijing penting untuk rakyat Palestin

MALAYSIA mengalu-alukan persefahaman dan perpaduan antara Fatah dan Hamas bagi menamatkan perpecahan dan mengukuhkan perpaduan rakyat Palestin menerusi Deklarasi Beijing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Deklarasi Beijing ternyata langkah amat penting terutamanya dalam mencapai hak dan kebebasan bagi rakyat Palestin.

“Penghargaan buat Kerajaan Republik Rakyat China dalam memudah cara pertemuan dan perbincangan antara Fatah, Hamas dan 12 fraksi lain yang membentuk perjuangan Palestin.

“Saya amat berharap bahawa deklarasi perpaduan ini benar-benar diterjemahkan di semua peringkat dengan jayanya, serta dalam menongkah tantangan di masa hadapan,” katanya dalam hantaran di media sosial, hari ini.

Anwar berkata, perakuan antarabangsa disifatkan sebagai perkara yang penting ketika ini.

“Saya menggesa kerajaan di seluruh dunia yang belum memperaku negara Palestin untuk segera memperakuinya, selain memberi dukungan kepada deklarasi perpaduan itu.

“Kesemua pihak mesti secara bersama merencana, merangka serta memastikan sikap barbarik dan biadab Israel dihentikan,” katanya.

Malaysia juga katanya bersedia untuk mencurahkan tenaga dan keringat ke arah tersebut demi keadilan dan kebebasan.

Related Posts

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

KUALA LUMPUR- Bekalan peranti perubatan negara kekal kukuh dan berada pada tahap terkawal walaupun berdepan kesan krisis tenaga global yang menjejaskan ketersediaan produk import berisiko tinggi di pasaran tempatan. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta