Degil berniaga di lokasi haram, MBM sita jualan durian

MIRI – Majlis Bandaraya Miri (MBM) bertindak tegas menyita hasil jualan durian di sekitar bandar raya ini selepas peniaga didapati ingkar arahan dan menjalankan perniagaan tanpa kebenaran.

Operasi penguatkuasaan yang dijalankan selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Januari lalu itu menyaksikan sejumlah besar raja buah tersebut dirampas kerana melanggar undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan (PBT).

MBM dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan sitaan itu merupakan langkah terakhir yang diambil selepas amaran bertulis serta kompaun yang dikeluarkan sebelum ini tidak diendahkan oleh segelintir peniaga.

“Pihak Majlis telah memberi peluang secukupnya termasuk mengeluarkan amaran awal, namun mereka masih gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Kita sebenarnya telah menyediakan lokasi khas jualan durian di Pujut Corner bagi membolehkan mereka berniaga secara teratur, selamat dan sah, namun masih ada yang enggan memberikan kerjasama,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Menurut MBM, tindakan segelintir peniaga yang menjaja di lokasi tidak dibenarkan telah menjejaskan aspek kebersihan persekitaran selain mengganggu kelancaran lalu lintas.

Justeru, MBM menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan sedemikian akan diteruskan dari semasa ke semasa.

“Peniaga diseru supaya memberikan kerjasama penuh dengan berniaga hanya di lokasi yang diwartakan demi kepentingan bersama dan memastikan bandar raya Miri kekal bersih serta teratur,” ujarnya.

Foto: Majlis Bandaraya Miri

Related Posts

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

MIRI – Penganjuran Majlis Sejambak Kasih Hari Gawai Dayak Miri 2026 di Hotel Dynasty di sini pada Khamis berjaya menceriakan golongan yang memerlukan, sekali gus meringankan beban mereka untuk membuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Skim Bekalan Air Lahad Datu Fasa 1 manfaatkan lebih 230,000 penduduk

KOTA KINABALU – Projek Skim Bekalan Air Lahad Datu (Fasa 1) yang merangkumi pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) baharu berkapasiti 60 juta liter sehari (JLH) dijangka memberi manfaat kepada kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat

MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat

Skim Bekalan Air Lahad Datu Fasa 1 manfaatkan lebih 230,000 penduduk

  • By Ynom
  • April 30, 2026
Skim Bekalan Air Lahad Datu Fasa 1 manfaatkan lebih 230,000 penduduk

Madu kelulut pemuda Miri tembusi pasaran antarabangsa, raih pengiktirafan digital

Madu kelulut pemuda Miri tembusi pasaran antarabangsa, raih pengiktirafan digital

48 projek kesihatan Sabah digerakkan, fokus naik taraf fasiliti kritikal

48 projek kesihatan Sabah digerakkan, fokus naik taraf fasiliti kritikal