DBKL digesa tambah baik gerai usang, uzur – PM

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa memantau kawasan perniagaan usang dan uzur yang memerlukan penambahbaikan di Jalan Masjid India.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, deretan kedai dan gerai termasuk yang telah bertapak sekian lama di kawasan berkenaan perlu diberi perhatian serius susulan ia merupakan kawasan tarikan utama pelancong di ibu kota yang perlu diambil perhatian.

“Ada kedai yang rosak, ada yang teruk (keadaannya). Saya minta DBKL, Kementerian Wilayah Persekutuan lihat dan segerakan (baik pulih). Ini kawasan tumpuan ramai.

“Ini boleh dilakukan dan diselesaikan menggunakan kaedah ‘fast track’ bagi memberi keselesaan kepada pengunjung

“Pada masa yang sama, membantu peniaga dan penjaja kecil memajukan perniagaan mereka,” katanya selepas melakukan tinjauan di sekitar Jalan Masjid India, hari ini.

Terdahulu, Anwar menunaikan solat Jumaat di Masjid India yang turut dihadiri kira-kira 5,000 jemaah.

Anwar yang tiba pada jam 1.20 petang bersama jemaah mendengar khutbah bertajuk ‘Memuliakan Rejab, Menggarab Mustajab’ yang disampaikan oleh Imam Masjid India, Nasrul Haq Abdul Haq.

Laungan reformasi menyambut ketibaan Perdana Menteri, di Masjid India dan ketibaan beliau disambut pengurusan masjid dan para jemaah yang mengambil kesempatan bersalaman serta bergambar bersama Anwar.

Isi khutbah yang disediakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu menyeru umat Islam wajib memuliakan bulan Rejab kerana ia termasuk salah satu daripada empat bulan haram yang dimuliakan oleh Allah SWT.

Umat Islam juga disaran untuk mempertingkatkan amalan-amalan soleh terutamanya dengan memperbanyakkan berpuasa sunat pada bulan ini sebagai persiapan menyambut Ramadan.

Related Posts

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam