DBKL alih kenderaan halang kerja pembersihan, sebabkan banjir

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan peringatan kepada pemilik kenderaan supaya tidak meletakkan kenderaan di atas penutup longkang, kerana ia menghalang kerja-kerja pembersihan dan sanitasi yang dilakukan oleh kakitangan PBT.

Menerusi hantaran di Facebook, DBKL berkata penyelenggaraan berkala dan pembersihan sistem perparitan perlu dilaksanakan bagi mengelak banjir tetapi tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pemandu yang meletak kenderaan menghalang penutup longkang menghalang kerja-kerja pembersihan longkang.

“Kami ingin mengingatkan semua bahawa tindakan ini menghalang usaha pihak berkuasa tempatan, DBKL, serta rakan strategik kami Alam Flora Sdn Bhd dan SWCorp, daripada menjalankan pembersihan sistem perparitan yang penting.

“Kegagalan membersihkan longkang ini dengan kerap boleh menyebabkan longkang tersumbat, akhirnya mengakibatkan banjir, terutama ketika hujan lebat,” katanya di Facebook pada Isnin.

DBKL turut menggesa pemilik kenderaan supaya berhati-hati meletakkan kenderaan mereka bagi memastikan tidak menghalang tugas pihak pembersihan.

DBKL juga mengingatkan orang ramai untuk bekerjasama dan meletak kenderaan secara bertanggungjawab, menjaga keselamatan awam dan kesejahteraan masyarakat.

“Mari kita semua bekerjasama untuk memastikan jalan raya kita selamat dan sistem perparitan kita berfungsi dengan berkesan,” katanya.

Pembersihan ini dijalankan berikutan kekerapan berlaku kejadian banjir di pusat bandar yang menyebabkan trafik terhenti.

Selain itu, terdapat juga kereta ditenggelami air malah menyebabkan pokok tumbang, akibat aliran air dan sistem perparitan yang tidak lancar.

Related Posts

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

LIMBANG – Pelaksanaan Projek Hopecare ‘Basic Of Life’ Limbang Rural Water Project disifatkan sebagai satu inisiatif amat signifikan dalam usaha memastikan akses kepada bekalan air bersih dan selamat dapat dinikmati…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau menahan sebuah bot nelayan tempatan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang daripada dua batu nautika dari daratan pada pukul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim