DBKK umum kadar fi lesen hotel kembali ke kadar asal tahun 1966

KOTA KINABALU – Kadar asal fi lesen di bawah Undang-undang kecil (UUK) Hotel & Rumah Lojing Bandaraya Kota Kinabalu 1966 dikembalikan ke kadar asal yang sudah berkuat kuasa pada 1 Januari 2025.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menerusi kenyataannya berkata, pengembalian itu dibuat selaras dengan peredaran masa dan kelulusan daripada Kerajaan Negeri Sabah.

“Pengiraan fi lesen tersebut adalah berasaskan kepada formula yang dinyatakan dalam UUK (Hotel & Rumah Lojing) Bandaraya Kota Kinabalu 1966 dengan mengambil kira kategori kelas hotel dan kadar penghunian (Occupancy Rate) sesuatu hotel tersebut.

“Fi sebenar yang dikenakan untuk setiap bilik hotel yang dihuni adalah RM4.65 sebilik/sehari untuk kelas satu, RM2.65 sebilik/sehari untuk kelas dua dan RM1.30 sebilik/sehari untuk kelas tiga  dan sekiranya bilik tersebut tidak dihuni tiada bayaran fi dikenakan,” katanya dalam kenyataan itu pada Khamis.

DBKK turut menjelaskan, pihaknya perlu menguatkuasakan mana-mana perundangan atau peraturan seperti yang termaktub dalam undang-undang yang diguna pakai di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu.

“Ini termasuk membuat kutipan fi lesen yang hasilnya akan digunakan bagi menampung kos penyampaian pelbagai perkhidmatan bandaraya ini sekali gus memastikannya terus menjadi tarikan lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa.

“Bayaran fi lesen hotel ini merupakan salah satu dari kos operasi perniagaan hotel dan boleh diambil kira dalam proses pengisytiharan penyata cukai pendapatan tahunan para penguasa hotel.

“Bagi melicinkan proses pengutipan fi lesen hotel ini, garis panduan permohonan dan pembaharuan lesen hotel DBKK diwujudkan bagi menerangkan secara terperinci syarat-syarat permohonan, dokumen diperlukan, kaedah kiraan dan pelaksanaannya untuk memudahkan pengusaha hotel,” ujarnya.

Tambahnya, DBKK juga mewujudkan sistem pengisian borang penghunian di laman web DBKK eServices untuk memudahkan pihak pengusaha hotel membuat kiraan dan pembayaran secara dalam talian.

Menurut DBKK, sebelum kadar fi lesen UUK (Hotel & Rumah Lojing) Bandaraya Kota Kinabalu, 1966 dikuat kuasakan semula, DBKK telah mengadakan dua sesi libat urus yang dipengerusikan oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah pada 1 dan 29 Oktober 2024.

“Penganjuran sesi libat urus bersama para pengusaha industri perhotelan dan rumah lojing ini menjadi platform untuk menerangkan mekanisma pelaksanaan UUK (Hotel & Rumah Lojing)  Bandaraya Kota Kinabalu 1966 selain mendengar maklum balas daripada para pemain industri.

“Berkenaan itu, isu ‘Short Term Rental Accommodation’ (STRA) yang diutarakan persatuan perhotelan DBKK telah mewujudkan garis panduan khusus STRA, DBKK bagi mengawal selia aktiviti ini dan telah dikuat kuasakan mulai 2 Januari 2025 tertakluk kepada UUK (Hotel & Rumah Lojing) Bandaraya Kota Kinabalu 1966.

“Pihak DBKK turut berterima kasih kepada para pengusaha hotel yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka. Setakat 15 Januari ini, sebanyak 99 pengusaha hotel telah menjelaskan bayaran fi lesen hotel dan rumah lojing bagi bulan Januari 2025,” kata kenyataan tersebut.

Related Posts

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KEMAMAN — Kementerian Pendidikan (KPM) komited menangani isu keciciran prasekolah bagi memastikan murid yang bakal memasuki Tahun 1 memiliki kemahiran literasi dan numerasi mencukupi untuk mengikuti silibus pembelajaran dengan berkesan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

LINGGA – Regatta Lingga 2025 merupakan penganjuran acara sukan air yang terakhir bagi tahun ini di Sarawak dengan menampilkan acara kemuncak eksklusif iaitu ‘Battle of Titans’. Penaung Regatta Lingga 2025,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

KPM komited atasi keciciran prasekolah, pemerkasaan dipergiat tahun hadapan

Regatta Lingga 2025 medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025  medan pertarungan Raja-Raja Sungai seluruh Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Regatta Lingga 2025 tingkatkan perpaduan, keharmonian kaum rakyat Sarawak

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Anggun Suri Bentong rai 8 pasangan pengantin

Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

  • By Fatin
  • December 13, 2025
Rumah transit lindungi kanak-kanak akan diusahakan – Rina Jainal

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM

Pihak desak UEC kena faham sejarah dan Perlembagaan negara – KP JKOM