DBKK sita kilang kitar semula di Jalan Lintas

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menyita sebuah premis kilang kitar semula di Jalan Lintas menerusi operasi bersepadu yang dijalankan di sini pada Selasa.

Menurut kenyataan yang dimuat naik DBKK di Facebook, pihaknya bertindak menyita barangan perniagaan premis itu di bawah Undang-undang Kecil (Dealing In Scrap) By-Laws, 1966 kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen.

“Hasil operasi ini mendapati pengusaha menjalankan operasi perniagaan premis kilang kitar semula.

“Namun gagal mematuhi Notis Menghentikan Perniagaan Aktiviti Memproses Barangan Kitar Semula Tanpa Lesen yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelesenan, DBKK sebelum ini,” katanya menerusi kenyataan.

Jelasnya, dua kompaun turut dikeluarkan iaitu atas kesalahan membina struktur bangunan tanpa kelulusan DBKK di bawah Undang-undang Kecil Bangunan 1987.

Kompaun kedua kesalahan melonggok sisa buangan industri serta sisa sampah di tempat awam di bawah Undang-undang Kecil Bandaraya Kota Kinabalu (Anti Sampah Sarap) 2005 turut dikeluarkan.

Kongsinya, operasi yang bermula sekitar pukul 10 pagi itu melibatkan seramai empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama-sama dengan 16 anggota DBKK.

Related Posts

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

KUANTAN – Pemuda UMNO Negeri Pahang menyokong penuh titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah ketika Istiadat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang, Jumaat lalu. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

KUANTAN – Pemuda UMNO Bahagian Bera berharap Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius terhadap perkara dibangkitkan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berkaitan pembangunan dan kepentingan rakyat di negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Pahang perlu bertemu segera isu eksport pasir sungai

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Pemuda UMNO Bera harap titah Tengku Hassanal diberi perhatian Kerajaan Persekutuan

Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

Program kesihatan dan kesejahteraan Beratok 2026 meriahkan semangat kebersamaan penduduk

Program K.A.W.A.N perkukuh penyampaian inisiatif kerajaan kepada rakyat

Program K.A.W.A.N perkukuh penyampaian inisiatif kerajaan kepada rakyat

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

Pahang terus jadi nadi utama kepentingan FELDA

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa

Perlu penyelesaian jangka panjang trafik Telipok, alih bulatan tidak boleh tergesa-gesa