KOTA KINABALU – Seramai tujuh pesalah dikompaun di sekitar kawasan Sinsuran dan Maybank Kampung Air, pada malam Selasa.
Menurut siaran media yang dimuat naik di laman Facebook KK Bersih & Hijau, kesemua mereka dikompaun menerusi Ops Bersih yang dijalankan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
“Lima pesalah yang telah dikenakan kompaun di sekitar kawasan Sinsuran manakala dua pesalah dikenakan kompaun di sekitar kawasan Maybank Kg Air.
“Keseluruhannya terdapat tujuh pesalah telah dikompaun dengan dibayar serta-merta dan dibayar bertempoh semasa Pelaksanaan Ops Bersih pada petang semalam laporan oleh Unit Kawal Selia JPSP, DBKK,” kata kenyataan tersebut.
Justeru itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuang sampah sembarangan di kawasan pusat komersial dan kawasan awam di Bandaraya Kota Kinabalu.





