KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan membuka Kaunter Kutipan Cukai Kadaran Fasa Satu di kawasan taman-taman perumahan terpilih.
Menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya, DBKK menyeru agar semua pemilik rumah bagi lokasi hartanah atau taman perumahan dalam kawasan Kota Kinabalu segera membuat pembayaran Cukai Kadaran pada masa yang ditetapkan.
“Bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang atau denda dikenakan semua pemilik rumah bagi lokasi hartanah atau taman perumahan dalam kawasan Kota Kinabalu disarankan agar membuat pembayaran Cukai Kadaran dengan segera.
“Orang ramai dinasihatkan untuk memanfaatkan kemudahan pembukaan kaunter ini bagi menyelesaikan baki cukai kadaran yang tertunggak,” katanya dalam kenyataan itu, pada Isnin.
Antara kawasan terpilih akan bermula di University Condo Apartment phase 1 (UCA1) dan University Utama Condominium (UUC) pada 7 September dan 28 September.
Sementara itu, pada 12 Oktober dan 26 Oktober untuk Universiti Prime Condominium (UPC) dan Universiti Condo Apartment phase 2 (UCA2), manakala Universiti Apartment phase 2 (UA2) dan Universiti Apartment phase 1 (UA1) dibuka pada 16 November dan 30 November.
Untuk makluman lanjut dan sebarang pertanyaan berkenaan pembukaan kaunter, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kewangan dan Belanjawan DBKK di talian, Maureen 012-8851249, Christben 011-25196081 dan Syerah 012-8971249.




