Dasar luar Malaysia terhadap Palestin antara tumpuan sidang Dewan Rakyat

PUTRAJAYA – Pendirian dasar luar Malaysia, khususnya terhadap Palestin serta isu Kampung Baru antara perkara utama dibangkitkan pada hari pertama Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-15 yang bermula hari ini.

Merujuk kepada Aturan Urusan Mesyuarat di laman Parlimen, Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) pada sesi soal jawab meminta Menteri Luar menyatakan perubahan utama dalam pendirian dasar luar Malaysia selepas Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab-Islam, khususnya berhubung situasi di Palestin.

Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) pula meminta Perdana Menteri menjelaskan mengapa pembangunan tanah rizab Melayu di Kuala Lumpur seperti Kampung Baru menghadapi cabaran yang ketara dan sejauh mana faktor-faktor seperti pemilikan tanah bertindih dan nilai pasaran terhad, menyumbang kepada isu terbabit.

Sementara itu, Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) bertanya kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengenai ketersediaan serta perkembangan ekosistem pasaran dagang karbon negara.

Beliau juga ingin tahu jumlah senarai memorandum persefahaman dua hala dimeterai kerajaan dalam pasaran kredit karbon negara berdasarkan Sumbangan Ditentukan Negara menurut Artikel 6.2 Perjanjian Paris.

Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) pula meminta Perdana Menteri memaklumkan status terkini cadangan pemisahan kuasa Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

William Leong Jee Keen (PH-Selayang) bertanya kepada Menteri Pertahanan berhubung sama ada Kementerian Pertahanan telah menjalankan sebarang kajian pascanilai terhadap pelaksanaan modul Program Latihan Khidmat Negara setakat ini.

Selesai sesi soal jawab, persidangan diteruskan dengan pembentangan Rang Undang-Undang Sewa Beli (Pindaan) 2025 untuk bacaan kali pertama oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sebelum tiga sesi penerangan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Sesi penerangan itu termasuk berhubung insiden letupan gas di Putra Heights daripada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi; potensi dan hala tuju air bawah tanah di Malaysia daripada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan; serta penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia daripada Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat.

Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-15 akan berlangsung selama 35 hari hingga 4 Disember ini.

Related Posts

Jaga tutur kata, elak sentuh sensitiviti agama

KUNAK – Pemuda UMNO Lahad Datu menyeru semua pihak tanpa mengira fahaman politik agar menjaga tutur kata serta memastikan setiap kenyataan yang dikeluarkan berlandaskan adab, hormat dan tanggungjawab moral sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan atur himpunan sambut aktivis GSF

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan MADANI akan menganjurkan satu himpunan khas bagi meraikan kepulangan 23 ‘wira’ dan ‘wirawati’ negara yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

  • By Fandi
  • October 6, 2025
Projek pembinaan jeti MAWILLA 2 capai 75 peratus, siap Mei 2026 – Khaled

Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

Fiesta Rakan Muda tonjol bakat dan potensi belia IKBN Kemasik

Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

Bot tangkap siput haram ditahan di perairan Perlis

Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

  • By Ithma
  • October 6, 2025
Kerajaan pastikan penduduk pulau nikmati subsidi BUDI95 tanpa had 300 liter

Jaga tutur kata, elak sentuh sensitiviti agama

  • By Fatin
  • October 6, 2025
Jaga tutur kata, elak sentuh sensitiviti agama

Ops Luxury: 7 kereta mewah disita di Perlis, termasuk Nissan GTR RM350,000

Ops Luxury: 7 kereta mewah disita di Perlis, termasuk Nissan GTR RM350,000