DAP terus bekerja keras di Pahang

SHAH ALAM – Gerak kerja DAP di Pahang tidak pernah berhenti meskipun Pilihan Raya Umum (PRU) masih jauh, kata Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.

Beliau berkata, tumpuan kini diberikan kepada usaha mendekati rakyat di semua peringkat – tanpa mengira kaum – bagi memastikan kehadiran wakil rakyat sentiasa dirasai dan keperluan mereka diberi perhatian.

“Bagi saya, kerja kami tak pernah terhenti selepas menang pilihan raya. Kami terus turun ke kampung, taman dan kawasan pelbagai kaum termasuk Cina, India, Melayu dan Orang Asli untuk memastikan kehadiran kami dirasai dan keperluan rakyat dipenuhi,” ujarnya, lapor Sinar Harian.

Young Syefura yakin hubungan baik antara DAP dan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan terus memperkukuh pentadbiran Kerajaan Negeri.

“Kerjasama kami dengan BN di Pahang berjalan dengan sangat baik. Akhirnya terpulang kepada rakyat memilih wakil rakyat yang benar-benar bekerja untuk mereka.

“Yang penting, kami memastikan segala keperluan dan bantuan daripada Kerajaan Negeri serta persekutuan sampai terus kepada rakyat,” tambahnya.

Related Posts

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

KUCHING – Parti Sedar Rakyat yang kini dalam proses penjenamaan semula kepada Parti Wawasan Rakyat, menzahirkan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg.  Presidennya, Affendi Jeman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan