Dana Parlimen Muar: Mahkamah Tinggi tolak permohonan Syed Saddiq cabar kerajaan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan mandapatkan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mencabar tindakan kerajaan berhubung peruntukan dana di kawasan itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memutuskan demikian selepas mendapati permohonan tersebut difailkan di luar tempoh masa yang ditetapkan.

“Adalah undang-undang yang mantap bahawa mana-mana permohonan yang difailkan di luar tempoh masa yang ditetapkan merupakan satu tindakan yang remeh dan menyusahkan.

“Sekiranya saya terkhilaf mengenai tempoh masa, isu berhubung peruntukan berkait dengan polisi kerajaan yang mana tidak boleh dipertikaikan melalui semakan kehakiman,” katanya.

Pada 23 April lalu, Syed Saddiq dan tiga pengundi di kawasan Parlimen Muar iaitu Najib Abu Nawar, Mohd. Bakirudin Abdullah dan Muhamad Fadzly Bisri selaku pemohon, memfailkan permohonan itu dengan menamakan Perdana Menteri Malaysia dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama dan kedua.

Dalam permohonan kebenaran itu, Syed Saddiq mendakwa kerajaan memberhentikan peruntukan dana RM730,300 bagi tujuan perbelanjaan kebajikan rakyat di kawasan Parlimen Muar, lapor Utusan pada Selasa.

Sehubungan itu, mereka memohon perintah bagi membatalkan keputusan memberhentikan atau membatalkan baki RM500,000 daripada jumlah RM1.7 juta, yang sepatutnya disalurkan secara terus kepada akaun bank Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar bagi tujuan perbelanjaan untuk program kebajikan, kesejahteraan rakyat dan bencana bagi kawasan Parlimen Muar.

Selain itu, mereka memohon membatalkan keputusan kedua-dua responden dalam keputusan mereka membatalkan akses pemohon pertama (Syed Saddiq) terhadap sistem myKHAS, yang menguruskan permohonan peruntukan pembangunan RM2 juta untuk kawasan tersebut serta keputusan membatalkan beberapa projek secara kolektif berjumlah RM230,300 yang dipohon oleh pemohon pertama dan diluluskan dalam sistem myKHAS untuk peruntukan pembangunan RM2 juta.

Mereka juga memohon untuk membatalkan keputusan kedua-dua responden yang enggan meluluskan atau memberikan apa-apa peruntukan kepada pemohon pertama sebagai Ahli Parlimen Muar untuk program di bawah ‘Projek Mesra Rakyat’ ataupun yang seumpama dengannya bagi tahun 2024.

Permohonan itu difailkan antaranya atas alasan responden-responden telah melanggar hak kesamarataan Syed Saddiq selaku Ahli Parlimen Muar dan tiga pemohon lain sebagai pengundi kawasan parlimen itu yang terjejas termaktub dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Related Posts

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Oleh: Alif Abd Aziz PAGOH – Kempen Internet Selamat terus dipergiat bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan keselamatan siber dan penggunaan teknologi secara berhemah. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Oleh: Alif Abd Aziz SEKIJANG – Kerajaan terus komited memperkukuh kefahaman rakyat terhadap isu krisis tenaga global menerusi pendekatan komunikasi bersemuka yang lebih menyeluruh dan berkesan. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Kempen Internet Selamat diperkasa, tekankan literasi digital dan keselamatan siber

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS