Dakwaan kehadiran harimau di Proton City tidak berasas – Perhilitan

IPOH – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan dakwaan kehadiran harimau di kawasan perumahan Proton City, Tanjong Malim adalah tidak berasas, susulan siasatan yang dijalankan selepas penularan sebuah video di media sosial.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, hasil pemeriksaan dan pemantauan di lokasi berkenaan mendapati tiada sebarang jejak atau petunjuk kehadiran harimau ditemui.

Menurutnya, siasatan dilakukan selepas tular rakaman video berdurasi kira-kira 15 saat yang memaparkan bunyi ngauman dipercayai harimau, kononnya berlaku di kawasan hutan berhampiran sebuah sekolah menengah dan kawasan perumahan di Proton City.

“Setakat ini, siasatan kami mendapati dakwaan tersebut tidak berasas dan tiada bukti menunjukkan kehadiran harimau di kawasan itu,” katanya pada Ahad.

Yusoff turut memberi amaran pihaknya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya terdapat individu tidak bertanggungjawab yang sengaja memuat naik atau menyebarkan video palsu berkaitan kehadiran haiwan liar, khususnya di kawasan berpenduduk.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan bukan sesuatu yang boleh dijadikan bahan jenaka kerana ia boleh menimbulkan kebimbangan awam serta mengganggu usaha pihak berkuasa dalam menangani isu hidupan liar,” katanya.

Susulan penularan video berkenaan, Perhilitan Perak telah menghantar kakitangannya ke lokasi bagi menjalankan siasatan dan pemantauan lanjut bagi memastikan keselamatan orang ramai.

Dalam pada itu, Yusoff menasihatkan orang ramai agar mendapatkan pengesahan daripada sumber rasmi sebelum mempercayai atau menularkan sebarang maklumat berkaitan keselamatan dan hidupan liar.

Related Posts

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

SHAH ALAM – Sarapan percuma diberikan kepada pelajar di kesemua 873 sekolah di Selangor bagi meringankan perbelanjaan ibu bapa susulan krisis tenaga global. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

GKMM mohon kuota 300 liter RON95 dikekalkan untuk pengamal media

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina