Curi diesel projek SSLR, enam suspek ditahan

LAWAS – Tindakan enam suspek mencuri minyak diesel daripada jentera pembinaan projek Rangkaian Jalan Raya Sarawak–Sabah (SSLR) mengundang padah apabila mereka ditahan pihak polis, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, kesemua suspek warga tempatan berusia 26 hingga 51 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati minyak diesel berkenaan dipercayai disedut keluar daripada tangki jentera sebelum dijual kepada pembeli luar bagi meraih keuntungan.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka negatif dadah. Semakan rekod juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang kesalahan jenayah lampau,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Liong, kes disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan mencuri.

Dalam perkembangan berasingan, beliau memaklumkan seorang wanita tempatan berusia 27 tahun turut ditahan kerana disyaki terlibat kegiatan perjudian dalam talian.

Katanya, suspek dicekup dalam serbuan di sebuah kedai di bandar Lawas, pada Isnin lalu.

“Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan sejumlah wang tunai yang dipercayai digunakan untuk aktiviti tersebut.

“Suspek didapati negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” ujarnya.

Related Posts

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

MELAKA – Lima kenderaan mewah bernilai kira-kira RM2.2 juta disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka selepas lesen kenderaan motor tamat tempoh, selain tiada perlindungan insurans sah. Semua kereta membabitkan Toyota…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

KOTA KINABALU – Program Autism Fun Run 2026 yang julung kali diadakan di Stadium Universiti Malaysia Sabah bukan sekadar acara santai komuniti, sebaliknya menjadi simbol kebangkitan kesedaran awam terhadap jurang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

320 kes pelanggaran undang-undang direkodkan menerusi Ops Tiris 4.0

  • By Ynom
  • April 20, 2026
320 kes pelanggaran undang-undang direkodkan menerusi Ops Tiris 4.0

Enam pondok sertai rintis digitalisasi pendidikan Islam – PM

Enam pondok sertai rintis digitalisasi pendidikan Islam – PM

Kapal bahan api lepasi Selat Hormuz dijangka tiba hujung minggu ini – Fahmi

Kapal bahan api lepasi Selat Hormuz dijangka tiba hujung minggu ini – Fahmi

Undang-undang tetap terpakai di ruang maya – Azalina

Undang-undang tetap terpakai di ruang maya – Azalina