Culik kanak-kanak, larikan kenderaan: Warga emas dihadap ke mahkamah

SEBERANG PERAI – Seorang warga emas yang didakwa menculik seorang kanak-kanak dan melarikan sebuah kereta jenis Toyota Corolla, Jumaat lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Butterworth di sini, hari ini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Jaafar Sidek Darus, 63, selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Aini Adilah Muhammad Faizal.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun daripada jagaan yang sah di sisi undang-undang iaitu ibu kandung mangsa di tepi bengkel ZY Auto Service Jalan Penaga, Kepala Batas di sini, kira-kira pukul 5.30 petang, 20 Jun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan ekoran melarikan sebuah kereta jenis Toyota Corolla milik seorang lelaki di lokasi dan tarikh sama.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Marissa Safina Saiful Adli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh kelihatan berada dalam keadaan keliru apabila pada awal dia membuat pengakuan bersalah namun tiba-tiba telah menukar pula pengakuan kepada tidak bersalah.

Tidak lama kemudian, tertuduh sekali lagi mengubah kenyataannya dan memaklumkan bahawa dia tidak kisah dikenakan hukuman penjara.

“Mana-mana pun boleh lah…” katanya sejurus jurubahasa membacakan sekali lagi pertuduhan ke atasnya selepas dia memaklumkan tidak memahami keterangan yang dibacakan itu.

Susulan itu, Aini Adilah menetapkan 30 Jun depan bagi sebutan semula kes bagi membolehkan mahkamah menilai sama ada tertuduh perlu dihantar ke Hospital Bahagia untuk penilaian kesihatan mental.

Jumaat lalu, media melaporkan polis menyelamatkan seorang kanak-kanak perempuan berumur 12 tahun selepas kereta yang dinaikinya dilarikan suspek dari sebuah bengkel kenderaan di Jalan Penaga hingga 12 kilometer.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa yang merupakan orang kurang upaya (OKU) bisu berada di dalam sebuah kereta jenis Toyota Corolla dalam keadaan enjin masih hidup manakala ibunya keluar untuk menghantar minyak hitam kepada bapa mangsa di bengkel terbabit.

Related Posts

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

KUALA LUMPUR – Penganjuran Pesta Vaisakhi sempena Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bukan sahaja menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat, malah terus memberi impak positif kepada sektor pelancongan negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

TEMERLOH – Sepasang suami isteri warga emas maut manakala empat individu lain cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 134, Jalan Kuantan–Kuala Lumpur, petang Ahad lalu. Dalam kejadian kira-kira…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen