
KUCHING – Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Fauziah Mohd. Sanusi menerima kunjungan hormat daripada delegasi Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Sarawak di Astana Negeri Sarawak.
Kunjungan Cuepacs bertujuan memperkenalkan barisan kepemimpinan Cuepacs Sarawak yang baharu dan memberikan penerangan lebih mendalam mengenai peranan serta objektif kongres.
Delegasi Cuepacs diketuai oleh Pengerusi Cuepacs Sarawak, Jubilee Jineh, bersama beberapa pemimpin utama kesatuan termasuk Timbalan Pengerusi, Sabri Sahari; Setiausaha, Rohana; dan Bendahari, Patra Ramli.
Dalam pertemuan tersebut, Wan Junaidi berharap kepemimpinan Cuepacs Sarawak dapat terus memberi sumbangan yang bermakna kepada sektor perkhidmatan awam dan memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat serta pembangunan Sarawak.





