Cubaan warga emas seludup 1,088 peket minyak masak subsidi gagal

LAHAD DATU – Cubaan seorang warga emas menyeludup 1,088 minyak masak peket bersubsidi gagal selepas lori dipandunya ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Lahad Datu dalam serbuan di Kampung Atiam, pada Ahad.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Amri Abdul Rahman berkata, bertindak atas maklumat, lelaki berumur 61 tahun bersama lori ditahan kira-kkra pukul 3.10 petang.

“Pemeriksaan ke atas lori yang ditutup dengan kain kanvas menemukan beberapa bungkusan plastik hitam mencurigakan.

“Setiap kotak mengandungi 17 peket dan keseluruhan rampasan adalah sebanyak 64 kotak iaitu 1,088 peket minyak masak,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Menurut Amri, pemandu lori terbabit gagal mengemukakan sebarang dokumen atau permit sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi membawa serta menyimpan bekalan berkenaan.

Katanya, barangan rampasan dianggarkan RM42, 790 akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Related Posts

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16