Cubaan warga China sorok dadah dalam ruang rahsia bagasi terbongkar

SEPANG – Tindakan lelaki warga China menyeludup masuk dadah dengan disembunyikan dalam ruang rahsia menerusi dua bagasi terbongkar selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) LTAKL, Zulkifli Muhammad berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan pada 28 Oktober lalu.

Menurut beliau, tangkapan itu hasil
pemeriksaan rapi Bahagian Penguatkuasaan JKDM bersama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menerusi imbasan terhadap bagasi suspek di Balai Ketibaan Terminal 2.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat beberapa bungkusan kecil plastik lutsinar berisi serbuk putih disyaki dadah jenis ketamin.

“Bungkusan itu dibalut dengan aluminium foil, ditutup papan dan disorokkan di bahagian dalam pelapik kain dua bagasi milik suspek,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Zulkifli memaklumkan,
dadah berkenaan dianggarkan seberat 6,884 gram dengan nilai rampasan sebanyak RM344,000.

Menurut beliau, suspek dipercayai cuba membawa masuk dadah tersebut ke negara ini menggunakan modus operandi dengan mewujudkan ruang simpanan rahsia dalam bagasi bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Dadah jenis ketamin disenaraikan di bawah Jadual Pertama, Bahagian III, Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek telah dituduh di mahkamah dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39B(1)(a) akta sama,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli menyeru masyarakat awam membantu pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan kepada JKDM.

“Penyeludupan bukan sahaja menyebabkan ketirisan hasil negara, malah turut mengancam keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

“Sebarang maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau mana-mana Pejabat Kastam terdekat,” katanya.

Related Posts

Anwar umum RM31 juta, pelbagai projek demi kesejahteraan rakyat Pulau Banggi

KUDAT – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM31 juta bagi pembangunan Pulau Banggi yang melibatkan pelbagai projek infrastruktur dan kemudahan asas untuk penduduk tempatan. Menurut Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX mahu Pulau Banggi jadi contoh kawasan terpencil tidak terbiar

KUDAT – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Pulau Banggi, Kudat menjadi contoh kawasan terpencil yang tidak dipinggirkan daripada arus pembangunan negara termasuk dalam bidang pendidikan dan transformasi digital.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penggantungan Bersatu dijangka beri kesan kepada PN di peringkat nasional

Penggantungan Bersatu dijangka beri kesan kepada PN di peringkat nasional

SPRM Sabah perkukuh pencegahan, pembudayaan integriti dalam usaha banteras rasuah

  • By Ynom
  • May 9, 2026
SPRM Sabah perkukuh pencegahan, pembudayaan integriti dalam usaha banteras rasuah

Cadangan 5 ADUN lantikan cemar demokrasi – Kor Ming

Cadangan 5 ADUN lantikan cemar demokrasi – Kor Ming

Anwar umum RM31 juta, pelbagai projek demi kesejahteraan rakyat Pulau Banggi

Anwar umum RM31 juta, pelbagai projek demi kesejahteraan rakyat Pulau Banggi

Titah Tengku Hassanal lahir daripada rasa tanggungjawab, prihatin

Titah Tengku Hassanal lahir daripada rasa tanggungjawab, prihatin

PMX mahu Pulau Banggi jadi contoh kawasan terpencil tidak terbiar

PMX mahu Pulau Banggi jadi contoh kawasan terpencil tidak terbiar