Cubaan bawa keluar 9.6 tan gula ke sempadan gagal, juragan bot kargo ditahan Maritim Tawau

TAWAU – Cubaan juragan bot kargo membawa keluar 9.6 tan gula pasir ke sempadan perairan negara gagal selepas ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau di kedudukan 2.4 batu nautika selatan Batu 3 di sini, pada Sabtu. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi, lelaki warga tempatan berumur 23 tahun itu ditahan bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Op PLUTO TIMUR dan Op TIRIS.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, semasa pemeriksaan dokumentasi dijalankan, juragan gagal mengemukakan sebarang permit berkaitan barang kawalan yang dibawa.

“Tiada sebarang pengikraran barangan dilakukan selain semakan juga mendapati nama juragan tidak didaftar dalam lesen bot kargo terbabit. 

“Penggeledahan menyeluruh ke atas bot kargo juga menemui 9,600 kilogram gula pasir peket sekilo,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad. 

Menurut Shahrizan, juragan, bot kargo bersama muatan dianggarkan bernilai RM60 ribu kemudian disita untuk disiasat di bawah Akta Kastam 1967, Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Enakmen Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah (JPDS). 

“Maritim Malaysia akan terus memperkasakan tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di Zon Maritim Malaysia khususnya di perairan Timur Sabah (ESSzone).

“Kerjasama dengan agensi-agensi lain juga terus diperkukuh demi memastikan undang-undang negara sentiasa dipatuhi,” tegasnya.

Related Posts

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

PUTRAJAYA – Kerjasama strategik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) dalam aspek pemuliharaan karya seni bernilai tinggi yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sebagai tanda…

Lebih lanjut

teruskan membaca
11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

TUMPAT – Polis menahan 11 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Wakaf Bharu di sini yang didakwa melibatkan seorang lelaki dipukul beramai-ramai, dipercayai kerana selisih faham keluarga. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Pemuliharaan karya seni 1MDB secara profesional cerminkan integriti pengurusan aset negara

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

11 individu ditahan bantu siasatan pergaduhan akibat salah faham keluarga

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Sarapan percuma libat 873 sekolah di Selangor mulai Ogos

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa