CIDB Sarawak rancang Program Perkasa Kontraktor Tempatan

SARATOK – Pusat Khidmat N.38 Kalaka telah menerima lawatan kerja Timbalan Residen Kelab Sosial dan Rekreasi CIDB Negeri Sarawak, Arfakhsyad Mohd Abdul Naser dan ahlinya, Jim Lasang yang telah disambut oleh wakil ADUN Kalaka, Timbalan Ketua Cawangan PBB N.38 Kalaka, Canselor Kasdi Pandi dan Setiausaha Kehormat PBB, Gapor Ahmad.

Dalam sesi tersebut, pelbagai aktiviti dan program yang bakal dirancang untuk kontraktor di Saratok khususnya, iaitu Ekspedisi Perkasa Bakal Kontraktor Pembinaan, Latihan dan Persijilan Kemahiran Binaan.

Menurut ADUN Kalaka, Mohammad Duri ketika dihubungi, beliau bersetuju dengan objektif program tersebut iaitu untuk meningkatkan kemahiran pembinaan serta mengurangkan ketergantungan kepada pekerja asing, selain mencipta peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan meningkatkan kemandirian komuniti kampung dalam pembinaan.

“Selain dapat mendidik kontraktor tempatan, iainya dapat mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan dapat mencipta peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan,” katanya.

Related Posts

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

KOTA KINABALU – Platform Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri Sabah (PaduNegeri) dilihat sebagai mekanisme penting dalam memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini. Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

IPOH – Tiga lelaki ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika disyaki cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di kawasan tanah lapang berhampiran tiang elektrik di Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

Undang-undang antarabangsa mesti terpakai secara saksama – Anwar

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

PaduNegeri jadi benteng keharmonian Sabah

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

Tiga maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba curi kabel TNB

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

JPJ Sabah lancar Ops Khas Aidilfitri, fokus sembilan kesalahan utama

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

Jangan terburu-buru menghukum, Akta 872 wajar dinilai secara adil

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan

7 tan minyak sawit mentah dirampas di perairan Sandakan