Christina hargai peranan media dalam promosi pelancongan

KOTA KINABALU – Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Christina Liew menghargai sumbangan pengamal media atas sokongan berterusan dalam mempromosikan industri pelancongan negeri.

Menurutnya, liputan media melalui berita, artikel, temu bual dan visual memainkan peranan yang penting dalam memperkenalkan Sabah kepada khalayak tempatan, nasional dan antarabangsa.

“Malam ini adalah tentang penghargaan, khususnya kepada pihak media yang telah menjadi rakan kerjasama kami yang amat bernilai.

“Sumbangan anda telah membantu mengetengahkan khazanah eko pelancongan, warisan budaya, komuniti tempatan dan bakat kreatif Sabah,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai sempena Majlis Malam Media Lembaga Pelancongan Sabah (STB) di sini, pada Jumaat.

Christina turut menyatakan komitmen kementeriannya untuk terus memperkukuh dan mempelbagaikan tawaran pelancongan Sabah sambil mempereratkan kerjasama strategik bersama media.

“Bersama-sama, kita boleh terus menonjolkan keindahan, ketabahan dan keramahan rakyat Sabah kepada dunia,” katanya lagi.

Hadir sama Timbalan Setiausaha Tetap I, Mary Malangking; Timbalan Setiausaha Tetap II, Alesion Sion; Ketua Pegawai Eksekutif STB, Julinus Jeffery Jimit; ahli-ahli lembaga dan para pengamal media.

Related Posts

Legasi Bung: Jafry harap Naim, MIHA teruskan perjuangan

KINABATANGAN – Legasi perjuangan Allahyarham Bung Moktar Radin diharap dapat diteruskan oleh calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim, yang juga merupakan anak Allahyarham, serta calon DUN…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan Awal Persekolahan: RM6.96 juta ringankan beban ibu bapa Perlis

KANGAR – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 kepada setiap murid terus dilihat membantu meringankan beban kewangan ibu bapa, khususnya menjelang pembukaan sesi persekolahan baharu 2026 di negeri ini. Seorang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naim janji perjuang kepentingan semua lapisan masyarakat Kinabatangan

  • By Fandi
  • January 14, 2026
Naim janji perjuang kepentingan semua lapisan masyarakat Kinabatangan

Rujuk Perlembagaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan isu UEC

Rujuk Perlembagaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan isu UEC

Legasi Bung: Jafry harap Naim, MIHA teruskan perjuangan

  • By Fatin
  • January 13, 2026
Legasi Bung: Jafry harap Naim, MIHA teruskan perjuangan

Bantuan Awal Persekolahan: RM6.96 juta ringankan beban ibu bapa Perlis

Bantuan Awal Persekolahan: RM6.96 juta ringankan beban ibu bapa Perlis

Polis tular tampar lelaki digantung tugas operasi

Polis tular tampar lelaki digantung tugas operasi

JKNS tangani isu menunggu lama di Klinik Mata HQE

  • By Ynom
  • January 13, 2026
JKNS tangani isu menunggu lama di Klinik Mata HQE