China pilih Malaysia jadi tuan rumah ‘Gong Xi Fa Chai’ 23 Jan ini

KUALA LUMPUR – China buat pertama kali akan menganjurkan sambutan Tahun Baru Cina di luar negara tembok besar itu dan memilih Malaysia sebagai tuan rumah.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, perkara tersebut dimaklumkan dalam pertemuan dengan Menteri Kebudayaan dan Pelancongan China, Sun Yeli di China International Travel Mart.

“Beliau juga mengumumkan bahawa acara Selamat Tahun Baru Cina yang terkenal, penuh dengan tradisi China, akan diadakan di luar negara buat kali pertama pada 23 Januari, bertepatan dengan “Tahun Baru Kecil.”

“Malaysia telah dipilih sebagai negara tuan rumah, dengan persiapan yang sedang giat dijalankan.

“Pihak China pula telah mula memuktamadkan senarai penghibur yang akan mengambil bahagian dan menggesa Malaysia untuk memberikan sokongan dan memaksimumkan kempen promosi,” katanya dalam perkongsian di media sosial, pada Selasa.

Menurut King Sing, Yeli juga berkata, pertalian budaya yang mendalam antara China dan Malaysia menyerlahkan usaha aktif negara itu untuk mengindustrikan sektor kebudayaan.

Justeru beliau mencadangkan kedua-dua negara meneroka pembangunan bersama dalam bidang ini.

“Melangkah ke hadapan, kita boleh meneroka kerjasama yang lebih mendalam termasuk platform pertukaran budaya untuk pelajar dan mengalu-alukan pelaburan China dengan tujuan meningkatkan tarikan destinasi Malaysia.

“Dengan mengambil inspirasi daripada kemajuan budaya China, Malaysia berhasrat untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di masa akan datang,” kata King Sing lagi.

Mengulas lanjut, Malaysia dan China akan bekerjasama sekali lagi tahun ini, sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara Malaysia-China, dengan mencalonkan tarian singa untuk pengiktirafan Budaya Tidak Ketara (ICH) Unesco.

Ia susulan kejayaan inskripsi bersama “Majlis Wangkang” dalam senarai warisan ICH Unesco pada 2020.

King Sing turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Kebudayaan, Sukan dan Pelancongan Korea Selatan, Yu In-Chon secara berasingan.

Korea Selatan dan Malaysia akan menjadi tuan rumah bersama Festival Muzik Asean-Korea (Festival ROUND 2025).

“Sementara itu, Korea Selatan pula akan menubuhkan pusat kebudayaa di Kuala Lumpur tahun depan untuk menandakan ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik Malaysia-Korea Selatan, seterusnya mempromosikan pertukaran budaya.

“Dalam perbincangan ini, saya telah menyatakan kesediaan Malaysia untuk mengambil langkah yang lebih proaktif dan mewujudkan platform kerjasama untuk memupuk pertukaran budaya serta kesenian yang lebih mendalam dengan China dan Korea Selatan,” katanya.

Related Posts

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru kepimpinan syarikat korporat agar menunjukkan keprihatinan dan ihsan terhadap pekerja dengan mempertimbang kenaikan gaji demi menjaga kebajikan mereka serta meningkatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

KUALA LUMPUR – Elaun Pasca Cuti Bersalin akan diperkenalkan kerajaan sebagai inisiatif baharu bagi membantu ibu bekerja kekal dalam tenaga buruh, di samping meringankan beban selepas melahirkan anak. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

KPKT komited laksana PPP di Sabah, peruntukan meningkat RM5.7 juta

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

Ihsan majikan kunci kesejahteraan pekerja, produktiviti negara – PM

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

Elaun pasca cuti bersalin: Inisiatif baharu bantu ibu bekerja – PM

RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

RM1 juta bina gelanggang futsal berbumbung di Papar

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM

Perlindungan sosial pekerja luar negara bakal diperluas – PM