Chelsea bergaya atasi Port Vale 7-0

CHELSEA berharap kemenangan 7-0 ke atas Port Vale dalam aksi suku akhir Piala FA menjadi titik kebangkitan selepas melalui tempoh sukar yang menjejaskan musim mereka.

Kemenangan besar di Stamford Bridge itu menamatkan kemarau gol lebih 300 minit, dengan Jorrel Hato membuka tirai jaringan seawal minit pertama apabila menjaringkan gol hanya selepas 64 saat perlawanan bermula.

Pasukan tuan rumah menggandakan kelebihan menerusi Joao Pedro pada minit ke-25 sebelum jaringan sendiri Jordan Lawrence-Gabriel hasil percubaan Cole Palmer memastikan Chelsea mendahului 3-0 sebelum rehat.

Di babak kedua, Tosin Adarabioyo dan Andrey Santos menambah dua lagi gol menerusi tandukan, sebelum Estevao dan Alejandro Garnacho melengkapkan kemenangan besar itu.

Pengendali Chelsea, Liam Rosenior berkata, kemenangan terbabit mampu mengembalikan keyakinan skuad selepas melalui tempoh mencabar sebelum ini.

“Apabila anda melalui detik sukar seperti kami dalam tempoh 10 hari itu, anda akan bangkit lebih kuat selepas menilainya dan tahu apa yang perlu diperbaiki,” kata Rosenior.

Beliau turut menjelaskan rehat antarabangsa serta kemenangan besar itu mampu meningkatkan moral pasukan yang masih percaya mampu meraih kejayaan musim ini.

“Saya mempunyai kumpulan pemain yang masih percaya, seperti saya, bahawa kami boleh menikmati musim cemerlang dengan memenangi Piala FA dan layak ke Liga Juara-Juara Eropah,” katanya.

Chelsea kini menghuni tangga keenam liga dan bakal berdepan ujian lebih sukar menentang Manchester City minggu depan, ketika mereka berusaha meneruskan momentum positif dalam perebutan tempat ke kejohanan Eropah.

Related Posts

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

BRIGHTON & Hove Albion membelasah Chelsea 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sekali gus melonjak ke tangga keenam liga dengan 50 mata. Ferdi Kadioglu membuka jaringan seawal minit ketiga sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

WOLVES disahkan tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi selepas keputusan seri tanpa jaringan West Ham United menentang Crystal Palace menutup peluang mereka untuk kekal. Kelab dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan