CEO GISB Holdings antara 19 yang direman tujuh hari

PUTRAJAYA – Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali, bersama 18 yang lain direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin membenarkan permohonan polis untuk menahan reman suspek hingga 25 September ini untuk membantu siasatan.

Semua suspek berusia lingkungan 25 hingga 65 tahun terdiri 12 lelaki dan tujuh wanita akan ditempatkan di Lokap Berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Nasiruddin bersama beberapa pemimpin kanan termasuk isteri dan dua anaknya ditahan polis dalam Op Global susulan laporan rumah amal kendalian syarikat itu yang didakwa melakukan penderaan, pengabaian serta salah laku seksual.

https://themalaysiapress.com/ceo-gisb-holdings-isteri-ditahan/

Mereka ditahan jam 5.40 pagi tadi selepas serbuan dibuat terhadap empat unit kondominium di Kuala Lumpur.

Operasi dijalankan pasukan Bahagian Operasi Khas, Pasukan Khas Siasatan Bersepadu dan Bahagian Siasatan Jenayah Terancang, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 32 (a) Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 serta Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) (Pindaan) 2022.

Related Posts

Azam terbuka untuk disiasat dakwaan isu pemilikan saham

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki terbuka untuk disiasat oleh mana-mana jawatankuasa bebas yang ditubuhkan kerajaan bagi meneliti secara khusus berhubung isu pegangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Azam Baki: Himpunan aman bakal dianjur, Bersih layak terajui demonstrasi

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli tidak menolak kemungkinan satu perhimpunan aman akan diadakan bagi menzahirkan bantahan mengenai penyelewangan yang berlaku dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026