Calon UMMO tekad tawan semula DUN Nenggiri

KOTA BHARU – Calon UMNO, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani, berjanji akan menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh parti dengan sebaik mungkin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Mohd Azmawi yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan dan Gua Musang itu berkata, walaupun pertama kali bakal bertanding di PRK namun beliau mengambil cabaran itu dan bertekad untuk bernaung kembali di DUN Nenggiri.

“Sejujurnya saya akui terkejut apabila dipilih sebagai calon BN untuk PRK Nenggiri. Saya baru dimaklumkan secara rasmi oleh pimpinan parti negeri beberapa jam sebelum pengumuman dibuat hari ini.

“Secara jelasnya saya tidak menjangkakan dan saya mengambil cabaran ini dengan kerjasama dan kekuatan seluruh jentera Barisan Nasional InshAllah saya bertekad untuk menawan kembali DUN Nenggiri,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Justeru, beliau bertekad akan bekerja kuat untuk mengembalikan semula kerusi DUN Nenggiri pada PRK akan datang.

“Saya perlu berpijak pada bumi nyata, saya turun ke gelanggang PRK Nenggiri dengan kekalahan 810 undi tetapi kita akan berusaha bagi mengembalikan semula kerusi berkenaan,” katanya.

Terdahulu, UMNO Kelantan mengumumkan Mohd Azmawi Fikri sebagai calon pada PRK Nenggiri bulan depan.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Katanya, pemilihan Mohd Azmawi berusia 38 tahun diputuskan Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan mendapat sokongan daripada kepimpinan UMNO Gua Musang dan akar umbi.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan